Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 23 August 2016

Pertama kali seumur hidup

Salam Selasa.....

Korang selalu beli kepala ikan tak?

Memanglah selalu ye dak? hihi..... Yelah kalau beli ikan kembung ke, ikan cencaru ke, sure dengan kepala sekali takkanlah beli badan aje hihi..... Maksud mak, kepala ikan besarlah ye.....

Mak ni nama je penggemar kepala ikan, tapi jarang sangat beli kepala tau!  Tahun ni rasanya baru sekali. Geram pulak lelama tengok daging ikan salamon yang oren tu. Terus terbeli. 

Selalunya kepala ikan ni, orang masak kari, kan! Tapi hari tu, mak masak asam pedas jer. Gasaklah tekau.... sesuai ke tidak! Pertama kali seumur hidup hokey masak asam pedas ikan salamon ni !


Kuss semangat minyak dia!! Tulah tu, nama je dah purba, tapi kalau bab masak, tak pas pas sampai sekarang gayanya. Susah nak dapat yang perfect macam tangan Kak Nor! Kak Nor, mohon jangan kembang!
 
Dan part yang paling mak suka tentulah part ni!Haha.......Ada yang geli ke? 


Sedap weyh! 

Nasiblah depa depa yang ada kat rumah ni tak makan, jadinya mak boleh makan dengan tenangnya.....

Dah...... mak nak mintak diri dulu, nak masak!  Hari ni teringin pulak nak makan lontong!

Thursday, 18 August 2016

Mee Goreng

Salam Isnin...

Hari ni, trial SPM. Sedih pulak masa menghantar Angry Bird ke sekolah tadi. Tak termampu nak melontarkan pesanan, harus jatuh air mata mak nanti. Eh!!!.... kenapa pulak yeh? Entahlah ......sebaklah weyh.....

Dah tak payah nak berdrama sangatlah mak!

Nah.....mee goreng khas untuk tatapan ko Tie.... Kata hari tu nak tengok sangat kan....


Meenya sebungkus je, tapi bila dah goreng, hasilnya macam nak kenduri pulak jadinya. Mee mak ni nak kata basah, taklah basah sangat, nak kata kering, taklah jugak kering sangat. Kang kalau mak buat basah, Pak Jilap sampai rumah, bukan mee je yang kembang, tekak Pak Jilap pun kembang sekali hihi.......


Macamana korang buat mee Goreng? Ini mak punya Mee Goreng.

Bahan bahan :

1) Mee sebungkus
2) Udang, daging, fishball atau apa aje yang ada
3) Sawi dan taugeh
4) Bawang merah, bawang putih blend
5) Cili kisar
5) Kiub ayam sebungkus
6) Sos Tiram
7) Sos cili
8) Sedikit Sos Ikan 
9) Kicap manis
10) Telur

 Setiap orang berbeza caranya. Yang penting sedap di tekak keluarga sendiri. Ye dak?



Pagi ni

Salam Khamis.....

Baru balik daripada soping..... Soping apa pagi pagi macam ni kalau bukan soping bekfes kan hihi....

Gaya macam nak buat mee goreng je petang nanti tu maknya.... Betullah tu, macam teringin pulak nak makan mee goreng.

Hari Ahad baru ni makan Nasi Kerabu kat satu kedai Kelantan ni. Dengan sapa lagi kalau bukan dengan my lovely dovey Pak Jilapah kan.... Sedap weyh! Tu yang ulang beli hari ni tu. Macam tak biasakan...... Semalam, mak pergi jugak,tapi tutup. Nasiblah hari ni bukak.

Singgah pulak kat kedai runcit, beli fishball dengan taugeh. Terjumpa benda ni. Lama dah mencari sebenarnya sejak baca blog Mak Garam. Jauh jauh mencari sampai kat kampung mak, rupanya melambak dekat  kedai runcit Aceh ni! Ceh! Tak sabo nak rebus dan nak minum air dia! Cuma nak tanya bijik Manjakani ni sekali guna je ke? Ke boleh ulang rebus?

Biji Manjakani

Dah.....mak nak menyantap dulu.....
Malaslah nak kurus, ko kuruslah sorang sorang Mel hihi.... 

Nasi Kerabu