Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 December 2016

Avillion Port Dickson

Salam Jumaat.....

Macamana persediaan sekolah anak anak korang? Dah settle ke? Mana yang tak settle lagi, silalah soping hujung minggu ni ye. Masih ada masa lagi, jangan risau.....

Tiga minggu lepas mak ke Port Dickson. Si TLBD lah yang mengajaknya. Mak on aje, daripada duduk rumah kan, baik berjalan, Port Dickson pun Port Dicksonlah haha.... Kalau cakap pasal pantai, memang pantai Port Dicksonlah yang mak biasa pergi. Lagi pun dekat. Dekat tak dekat dalam sejam jugaklah kot dari rumah. Kalau ikutkan, pantai Morib tu pun dekat jugakkan...... tapi serious weyh mak jarang ke sana, boleh mandi ke pantai Morib tu yeh?

Dah katanya pergi bercutikan haruslah tido hotel. Itu syarat wajib bercuti namanya haha... . Banyak jugaklah hotel yang mak dah test kat Port Dickson tu. Hotel Langit Langi (tak de pantai), Bayu Beach Resort ( pantai belakang hotel), Corus Paradise (pantai belakang hotel), Avillion Admiral Cove (pantai jauh), Glory Beach Resort (tak ingat), PD apartment (tak ada pantai) pun pernah hokey!

Kalau bercuti kat pantai ni, dapat pantai belakang hotel baru best. Lenjun lenjun mandi pantai boleh terus masuk hotel hihi ..... tak payah nak salin bagai.


Kali ni Pak Jilap booking hotel Avillion sebab ada promosi katanya, lagi pun masa tu, hari bekerja, so rate dia memang jauh lebih murahlah berbanding rate hujung minggu.

Water Chalet

Hajat di hati teringin nak merasa tidur di Water Chalet, tapi apa kan daya, Pak Jilapah belum bertukar menjadi Tuan Ihsan..... So ambik ajelah yang bilik yang paling murah, Beach Room haha.... Hambik!!! Sepanjang malam anak beranak Jilapah tidur berhimpit.

Beach Room

Swimming pool dia ada 2 tempat,  redup pulak tu. Orang pun tak ramai. Best! 24 jam boleh berdugong kalau mampu...   





Besar dan cantik rupanya Avillion ni. Selama ni mampu tengok dari jalan raya je...... tak tau pun yang kawasan dalamnya secantik ini. 


Hijau sepanjang laluan ke bilik hotel.....


Ciri ciri tradisi kemelayuan jugak tidak dilupakan....



Dan yang paling best tentulah dapat sarapan Croissant dan Roti Danish yang sedap ni ! Macam tak pernah jumpa roti je mak Jilap ni kan!!

Dah itu aje...... pergi sambung buat kerja! Nek Seroja dan Tok Ihsan nak sambung berhoneymoon hihi......


Wednesday, 28 December 2016

Syurga itu bukan murah

Salam Rabu.....

Tak beberapa hari lagi kita dah nak menginjak ke tahun 2017. Dah standby ke nak berazam apa tahun ni? Mak? Tak payah tanya! Tak pernahmya tercapai hihi..... 

Betapa pantasnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, tahun berganti, umur pun dah nak masuk Isyak! Tak kisahlah kan, masuk Maghrib ke, masuk Isyak ke, redah ajelah. Nikmati ajelah kehidupan seadanya. Yang penting jangan dilupakan persediaan bekalan menuju kehidupan yang kekal abadi di sinun nanti....

Ni ha.....mak nak tanya, cuba angkat tangan sikit, sapa yang mengumpat cakap mak tak sudah lagi menari keliling tali cable car Genting tu??? Mak sumpah jadi cable car kang baru tahu! Eleh...... rindu dengan mak lew tu..... baru tak update entri beberapa hari dah rindu.... Cakap ajelah....

Mak balik kampunglah  weyh.....

Kebetulan  mak balik terkena dengan tarikh check up bulanan bonda. Dapatlah temankan kakak yang selalu hantar bonda ke klinik. Realiti kehidupan....... macamana ramai anak sekali pun, belum tentu ada anak yang sudi volenteer bergilir gilir nak menghantar bonda yang sorang check up ke klinik melainkan terpaksa. 

Wajah tua yang menyayangi diri ini seikhlas hatinya..... 
Menjaga orang tua bukan mudah macam jaga bayi. Banyak kerenah dan cabarannya yang perlu anak anak layan.  Sebab itulah ganjarannya Syurga, sebab Syurga itu bukan murah.....


Siap check up, marilah kita pekena soto Bakri tepi kubur dulu! Order....order......apa mau! Tuan Ikhsan belanja hari ni!!! Terima kasih sayang.....ya a aw!

Bonda mak macam biasalah, dari dulu dan selama lamanya, tak pernah nak makan kat kedai, sanggup duduk dalam kereta. Tak mau turun. Tua mak esok mesti berbeza agaknya. Pantang nampak kedai makan. Laju jer mak turun walaupun berwheel chair adoiyaiiii....... 

Itulah agaknya beza orang tua zaman dulu dengan orang tua zamat akan datang ek haha....




Thursday, 22 December 2016

Genting Highlands Cable Car

Salam Khamis.....

Malaslah nak cakap pasal air...... dah masuk 3 hari rumah mak tak ada air hokey!! Adalah keluar sekejap, tapi nak tadah pun tak sempat. Jiran setaman dah siap membasuh baju, sampai kat paip mak, air yang keluar halus ya amat! Tak sampai 2 baldi air dah berhenti pulak.   Kalau ikutkan jadual catuan, taman mak tak termasuk kali ni, tapi entahlah ...... kali ni, pam tangki tadahan taman rosak pulak katanya. Mencik tau!

Daripada menunggu air yang entah bila nak munculnya, baiklah mak berjalan jalan tenangkan fikiran hihi....... Macam tak biasa hobi Pak Jilapah tu, kalau ada air pun mengukur jalan, inikan pulak tak ada air! Mengukur jalan kuasa dualah jawabnya hihi.....

Teringin pulak nak ke Genting Highlands kali ni.

Sejak outdoor Theme Park tu tutup rasanya kurang tarikan dah Genting Higlands ni. Selain banyak jalan tutup sebab kerja kerja pembinaan ala ala Universal Studio, udara kat sini pun dah tak berapa nak nyaman sebab berhabuk. Tapi.....entahlah, walau macam mana keadaannya, mak suka pergi Genting Highlands ni. Al maklumlah, nak merasa kesejukan negara Korea macam Lieya Latiff entah bilalah kan huhu.....

Masa sampai tu memang baru lepas hujan..... so bestlah!! Berkabus dan sejukkkk gitu....



Dah wujud shopping mall baru rupanya kat sini, Sky Avenue! Baru mak tak jenguk setahun dah macam macam yang muncul haih!!..... Shopping mall ni bersambung dengan First World Hotel. Masa mak pergi hari tu baru 3 hari bukak katanya. Patutlah masih banyak shop lot yang kosong. Lenguh kaki jugaklah kalau korang nak window shopping kat sini.Memang cantik dan kurlaslah tempatnya.

Anak anak dara Pak Jilapah


Yang ni pulak, mak dara Pak Jilapah hihi....


Dalam Sky Avenue ni ada satu station Cabel Car baru ye. Halanya ke bus stop katanya. Bus stop mana jangan tanya mak, manalah mak tahu hihi.... Sekarang ni masih dalam tempoh percubaan. Tiket dalam Rm6 henggit kalau tak silap. Teringin jugaklah nak naik dah katanya alang alang naik Gentingkan, tapi tulah...... cable car ni sehala je, balik nanti kena menapak. Terus cancel..... Sapa yang sanggup!! Sakit wooo lutut ai....  


Nasiblah masa jalan jalan yang tak tentu arah tu, mak terlalu kat Hotel Maxim dan terjumpa satu lagi station Cable Car.  

Tiket : Rm12.80 pergi balik dari puncak Genting ke Genting Skyway.  

Kecut perut oi!




Wednesday, 21 December 2016

Putu Perak

Salam Rabu ....

Masa balik dari Seri Iskandar hari tu, mak singgah kat RnR. RnR Tanjung Malim kalau tak silap. Biasalah.... kalau bukan untuk buang kecil, singgah sini untuk makan Roti Bakar Pak Tam yang mabeles. Tapi sedihnya, hari tu tak de rezeki roti. Roti habis!

Tengok kedai lain boleh tahan jugak sedapnya! Ada satu kedai tu jual macam macam rendang. Rendang makan dengan Nasi Himpit. Sedap jugak tu. Ada jugak kedai yang jual ayam goreng ala ala KFC ..... macam sedap jugak hihi...... Pergh! Kalau ikutkan nafsu nak aje mak beli hokey!! Tapi bawak bawaklah kawal nafsu tu Mak Jilapah weyh.....


Ternampak pulak kiosk yang jual benda ni. Putu Perak. Pertama kali tengok ni tau. Rasanya lebih kurang macam Putu Bambu atau Putu Piring. Cuma bezanya dalam dia bukan Gula Melaka atau Gula Merah tapi dalamnya kelapa. Kelapa dia tak manis dan tak jugak tawar....masin masin sikit. Sebab mungkin tepung luar tu dah manis kot.


Orang Perak mesti selalu makan kuih ni kan.... Betul tak Khairul Bariah, Cho Zila....

Kalau tanya mak, sedap ke tidak, mak lagi suka Putu Bambu atau Putu Piring. Oleh sebab Pak Jilapah yang nak sangat kuih ni, so dia kena habiskan haha.....

Friday, 16 December 2016

Kellie's Castle

Salam Jumaat.....

Sorry naik lori....... Sorrylah ek nampaknya 2-3 hari ni, entri mak banyak dengan gambar  mak anak beranak. Mohon redhokan jiwa hihi....

Sejak 3 tahun mak berulang alik KL ~ Seri Iskandar ~ KL ni, baru minggu lepaslah mak dapat menyinggah Kellie's Castle dalam erti kata sebenarnya gitu. Sebelum ni cuma tengok dari atas jalan je weyh! 


Apa ada kat sini? Sebenarnya tak de apa apa pun. Cuma sebuah istana separuh siap yang dah terlampau uzur tinggalan Mr William Kellie Smith untuk isterinya. Nak tahu lebih lanjut pasal Kellie's Castle ni boleh baca entri Harith Sidek ni. Bagi mak, maklumat yang diberikan dah sangat lengkap dah, siap dengan rujukan lagi......

Nak harapkan mak menggarap entri yang padat beserta dengan rujukan lengkap, tunggu lain tahun ha..... haha...... entri selpie bolehlah haha...... 

Kalau berhajat nak ke sini, jangan lupa bawak IC anak anak, IC kita memang ada sentiasa dalam purse dah kan. Tiket masuk : Rm10 henggit ( tanpa IC ) , RM 5 henggit ( dengan IC )....

Muka orang jeles.....ayah angkat adik dia!

Memang tak boleh blah couple purba ni.... depan Kellie's Castle pun sempat lagi nak berlovely doveylah sangat.... huahahaha...

Thursday, 15 December 2016

Was was

Salam Khamis.....

Dah habis bercuti ke korang semua? 

Sudah sudahlah tu, marilah kita kembali ke alam nyata pulak haha..... Ikutkan hati, nak aje pergi bercuti sepanjang tahun ek, tapi apa kan daya..... 

Mak tak bercuti ke mana pun, setakat ke Seri Iskandar tengok anak teruna nan sorang tu apa khabarnya. Berhajat jugak nak ke Penang, tak pun ke Langkawi ke, tapi ....... faham ajelah, hajat yang tak sepenuh hati, dengan hotel tak berbooking, dengan si abang yang nak final examnya,  sudahnya bercuti ajelah kat Seri Iskandar, ulang alik Billion makan cendol pun sodap hihi....

Katanya hari Sabtu hari tu jem teruk selepas Toll Jelapang menghala ke Utara. Nasiblah mak tak hala ke sana! Selamat weyh...


Korang pernah tak rasa was was? Mak selalu jugaklah was was pasal iron dah tutup ke belum ni. Tulah nak ceritanya, sebelum nak ke Seri Iskandar hari tu mak gosoklah baju hitam yang mak pakai tu. Rasanya memang dah tutup suis lepas iron tu. Masa kat pertengahan jalan tu, boleh pulak tetiba sawan was was sampai, teringat iron dah tutup ke belum. Adoiyai.... nyampah betullah perasaan macam ni!

 Kalau cakap dengan Pak Jilapah, memang nak menempah kena marah free ajelah.....


Dalam hati, kuat mengatakan suis dah tutup, tapi...... tau ajelah benda tak comfirm kan! Sepanjang kat Seri Iskandar, mak tak sedap hati hokey!! Tapi, dalam seram, seram pun sempat lagilah mak posing haha.....Senyap senyap whatapps jiran suruh singgah rumah kotnya ada bau bauan yang menyeramkan, walaupun tak tinggal kunci...

Sampai rumah hari Isnin tu, suis ironlah yang mak tuju dulu huhu......

Wednesday, 14 December 2016

Family bonding

Salam Rabu....


Lama mak tak blogwalking. Rindu korang!!!

Thursday, 8 December 2016

Air yang hilang

Salam Khamis .....

Dah dua hari mak tak dapat menikmati mandi dengan sempurna hokey! Masuk hari ni, semua bekas pun dah hampir kering. Tangki, lagilah.... semalam lagi dah kering . Semalam, solat  4 waktu pun mak bantai solat kat Aeon. Kalau boleh Solat Subuh pagi ni pun mak nak solat kat sana, nasiblah Aeon belum bukak lagi. Maka guna ajelah saki baki air yang mana ada tu. 

Adoiyai siksanya tak ada air weyh!

Baju tak payah cakaplah. Memang segunung intan tepi toilet tu. Nasiblah sempat settle baju kotor yang trip masa balik kampung hari tu. Kalau tidak, tak taulah macamana sekarang ni.


Pagi tadi, warga Indon yang duduk sebaris dengan rumah mak tu mintak izin nak ambik air. Dah tak ada air nak membuang katanya. Biasalah kan, time time gini.... syaiton mulalah menghasut. Nak bagi ke tidak? Nak bagi ke tidak? Hihi.....


Sebenarnya bekas ni dulu, bekas tong sampah, mak letak depan rumah untuk tadah air hujan. Buat siram siram pokok, basuh basuh lantai. Belum terfikir pulak mak nak guna air dalam bekas ni sejak timbul krisis air macam ni sebab mengenangkan sejarah silamnya....

Tapi kalau dah berlarutan tak ada air macam ni, nampaknya kena fikir baliklah hoho..... 

 

Wednesday, 7 December 2016

Bangsa Johor

Salam Rabu....

Mak dah balik KL hari Ahad hari tu. Pak Jilapah datang ambik. Tak tahan menanggung rindulah tu, bini tinggalkan 2 hari kehkehkeh..... Hokey! Yang ini mak perasan!!! Haha....

Masa nak ambik Pak Jilapah hari Sabtu hari tu sempatlah menyinggah di dataran Muo. Ingat nak makan cendol bawah pokok, tapi tak menjual pulak orang tu. Tak tahulah sama ada dia memang dah tak meniaga atau kebetulan hari mak pergi dia tak meniaga. Motor cendol dia, ada jer tersadai bawah pokok sebelah kedai baju tu. Hurmmmm...

Hidup Bangsa Johor!! 


 My sexy man dah sampai haha.....

Thursday, 1 December 2016

Kami tanpa dia....

Salam Jumaat....

Hari ni mak bersiaran dari kampung hokey!! 

Balik kampungnya semalam. Balik kampung kami kami aje tanpa Pak Jilap buat pertama kalinya. Dan pertama kali drive sendiri jugak!! Rasa jakunlah pulak. Rasa bangga dengan keupayaan diri sendiri. 

Keluar Ayer Keroh, masuk highway AMJ. Nampak orang jual keria. Tak dapat Keria Antarabangsa, dapat Keria Semabuk pun jadiklah. 

Sebijik 50 sen, borong terus Rm10 henggit. Makan panas panas dalam kereta anak beranak. Sedap !

Sampai jambatan Muo, hujan lebat selebatnya.

Nak menyinggah makan tengahari macam mana ni? Dahlah mak fail bab parking. Nak makan kat rumah, lagilah, nak kena masak lagi, nak kena beli lauk mentah lagi, lagilah 2 kali malas haha..... Time ni dan dan teringat kat laki i tau, kalaulah Pak Jilap ada huhu..... 

Sudahnya makan malam sekalilah.... 
Ini Mak Jilap yang punyaaaaa haha.... Kuey Teow Chicken Chop. Menu terbaek dari Nora Cafe.

Wednesday, 30 November 2016

Biar ada, daripada tak ada!

Salam Rabu....

Pemberitahuan!!!! 
Kepada korang, korang dan korang yang tertanya tanya apa jadi dengan hadiah saguhati sempena GA Anniversary hari tu, jadi ke tak jadi? Ni nak bagi tahu, Insyaallah mak akan post bendanya hari ni. Sudi sudikanlah menerima seadanya dengan penuh keikhlasan. Kata orang, biar ada daripada tak ada, itu baru syukur haha......   


So, lepas ni, cuma ada satu lagi hutang mak yang belum terlunas gara gara GA Anniversary , review blog Datin M ! Belum ada idea weyh!



Tuesday, 29 November 2016

Ramly berger

Salam Selasa....

Selamat bercuti kepada yang pergi bercuti. Yang duduk rumah macam mak ni,  selamat bercuti jugaklah..... cuti menyupir pun cuti jugaklah tu kan.....

Psssst...  korang dah plan nak bercuti ke mana ke ? Kalau tanya mak, mak memang teringin sangat nak ke Terengganu. Tapi tulah, tengah musim musim hujan gini, takut pulak nak ke Pantai Timur, takut terperangkap dalam banjir. 

Tak kisahlah ke mana pun korang pergi, yang penting jangan lupa share hokey ....
Esok, Angry Bird dah last paper. Lepas ni mak dan dia dah boleh yahoooooooo!! Tunggu jerlah result sok keluar bulan 3. Tengoklah masa tu, yahoo ke tak yahoonya hihi....

Hari Jumaat lepas, Pak Jilap tak makan rumah. Ada farewell katanya. Biasalahkan, mak ni kalau Pak Jilap tak makan rumah, menjadik jadiklah kemalasan melampau tu. Maka mak order jerlah Ramly berger.

2 berger bulat, 1 berger oblong. Oblong tu dah tentulah untuk orang yang orderkan hihi....

Alhamdulilah, Allah nasih bagi peluang merasai nikmat sedapnya makan..... Sedap weyh! Mak punya special biasa aje.

Anak dara dua orang tu special jugak tapi nak tambah cheese katanya.

Bolehlah..... walaupun tak berapa nak mewah cheese dia. Tak boleh lawan berger Ramly cheese kat Bukit Merah hari tu. Cheese dia meleleh leleh, sampai sekarang tak boleh lupa weyh......

Friday, 25 November 2016

Kacau bilau resepi orang jadinya

Salam Jumaat.....

Sejak meloya loya ni, mengidam sungguh benda yang masam masam ni..... Jangan salah faham pulak ek, ini semua bukan angkara lepas Anniversary haha.....

Kebetulan kelmarin mak tengok rancangan Datin Masak, Datuk Suka ke hape tu..... Masa tu Datin Shahida, isteri Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris yang masak. Walaupun Datuk Syukri ni lebih pandai masak daripada isteri dia, tapi dia cakaplah yang dia paling suka kalau Datin Shahida ni masak Nasi Daging dengan air asam. Adoiiiii...... kecur air liur terus bila mak dengar air asam

Meh cuba kita tengok pulak Datuk Jilapah suka tak kalau Datin Jilapah masak air asam haha...... 
Wuhhhhh....... punyalah sedap air asam datin, sampai Datuk Jilapah jilat lima jari tau! haha.... 


Kebetulan...... tersama pulak dengan menu Yati semalam. Mentang mentanglah dia tengah cuti, bukan main lagi ek macam macam menu ditayangnya tiap tiap hari, ceh!!!

Nama aje Nasi Daging ye,tapi daging tu mak tukar kepada ayam. Yati tanya boleh ke? Apa yang tak bolehnya Yati! Kita yang buat dia kan haha.... Sebenarnya mak baru masak daging semalam semalamnya. 

Kentang tu pun mak memandai mandai masukkan dalam senarai resepi Azie Kitchen. Adoiyai...... Kacau bilau resepi orang jadinya.... 

Haih! Ni kalau Orang Utara tau ni, habislah mak kena kecam!