Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 16 May 2016

Catatan dari bilik hotel

Salam Isnin ......

Hari ni mak terkandas di Seri Iskandar korangggg! So entri ni ala ala catatan dari bilik hotellah.... Anak anak dara tu terpaksalah mak rehatkan hari ini. Kemain lagi suka diaorang dapat ponteng hihi.... 

Cuti 4 bulan anak teruna mak, kan dah habis. Tu yang ke sini tu. Perginya hari Sabtu. Macam macam nak diuruskan. Nak ambik motorlah, register biliklah, kemas bilklah, beli baldilah...... Ha! Jangan tak tau kita orang memang sawan beli baldi hihi.....Sebabnya, asal masuk semester baru je mesti beli baldi baru. Dah menimbun dah baldi kat rumah mak tu tau! Nak bawak dari rumah faham faham ajelah...... Tunggulah Pak Jilapah beli lori hihi....Barang anak teruna dah tentulah banyak, campur pulak baju kami kami pengiring ni, dah 3 beg hihi......Sudahnya penuh satu bonet. Nak selit baldi tang mana pun tak tau!

Satu lagi sawan kami ni kalau menghantar abang, mesti nak kena tidur! Ambik peluang nak tidur hotel sangat kan haha... Kalau ikutkan, boleh jer balik hari. Tapi tulah .....dah katanya sawan. Memang susah betul nak hilang weyh! Rasa mak, ginilah jugak gayanya kami, sampailah abang grad nanti haha....
Ikut plan asal memang mak nak balik petang semalam, tapi hujan sangatlah lebat. Jarak penglihatan mak andaikan tak sampai pun 2 meter tau. Ni dah bukan mendung berarak, langit kelabu lagi dah ni......  memang hujan lebat macam tak akan berhenti hujan sampai ke malam dah nampak gayanya! Punyalah lebat. Nak balik pulak hala ke malam. Sudahnya terus decide check in hotel lagi. Nasiblah ada kosong semalam.


Sabtu hari tu check in hotel kat Ipoh, sebab hotel kat Seri Iskandar ni penuh.  Booking pun last minitkan....padanlah muka mak! Hihi..... Tapi best jugak, dapat round Ipoh malam malam. Sunyi rupanya Ipoh...

Oklah, mak nak bersiram dulu. Kejap lagi nak balik KL dah ni. Babai!

32 comments:

  1. Morning...
    Nieyl penah stay kat ipoh 3 hari..
    outation time tu..memang sunyi..huhu..

    ReplyDelete
  2. Mana pic selfie ni, terlindung dengan baldi la tu haha sori sori joke of yesterday tu hehe..apa lagi ambik peluang dan ruang secara terang terang apa salahnya kan.. Alhamdulillah anak pandai pandai, Sykur Alhamdulillah kan..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah banyak sangat baldi tu dinda, lubangkan kecik-kecik bontotnya, letak kain kapas, tuang tanah. Tanam cili, halia, kunyit, pandan, serai - jimat tu. Pokok ni semua tak payah jaga. Cantik juga kalau susun baldi-baldi kan warna-warni:)

    ReplyDelete
  4. Baik punya alasan..
    Nak tido hotel lagi ye Nom..
    Best juga tido hotel lain..
    Boleh jalan2 tempat lain pulak kan..

    Memang semalam hujan lebat sangat..
    CH balik dari kenduri anak kakak di Icity Subang Jaya tu pun berlumba dengan hujan hahhaha..
    Takut terperangkap dalam banjir sebenarnya..
    Setakat meredah hujan lebat tu boleh lagi kata en suami..
    Yang tak sanggup bila terperangkap dalam banjir..
    Dah lah banjir kilat ni sungguh mengerikan..
    Tiba-tiba dah tahu air dah separuh kat tingkap kereta..
    Sebaiknya redah jer lah hujan lebat tu..

    ReplyDelete
  5. dh sampai ipoh tu tak pi supink2 jjcm ke kak nom?
    ehehehe sesekai jln2 sambil tido hotel... pastu bt ntry kt blik hotel...
    best kan kak nom

    ReplyDelete
  6. wah ni enti dari bilik hotellah ni ye...syoknya tu

    memang semalam hujan lebat klang pun sama sampaikan dapur saya tu banjirlah dibuatnya

    ReplyDelete
  7. Baik juga tidur hotel nom dari balik KL hujan2 tu,bahaya.Lagipun dapatlah rehat.
    Anak2 akak pun baldi tak pernah bawa dari rumah .Pakcik dorang yang sponsor sebab barang2 dorang kalau cuti memang tinggal kan kat rumah pakcik mereka...kalau nk bwk dari rumah memang kena sewa lori lah gamaknya...

    ReplyDelete
  8. lebat betul hujan tu, memang tak nampak apa.
    check-in hotel boleh lah rehat-rehatkan badan..

    ReplyDelete
  9. so jeles..slalu ukur jalan..haha

    ReplyDelete
  10. Seronok kan nom klau anak belajar jauh ambik kesempatan boleh jenjalan.kak Zai pulak klau baldi atau barang yg tak nak bawa balik selalunya bagi pada security aje.

    ReplyDelete
  11. hai mak, datang ipoh..
    sekali sekala jln keluar kl, ni lah masa nye nak ambik peluang
    ipoh, tang mana yg sunyi tu mak?

    ReplyDelete
  12. Ipoh memang sunyi malam akak. Tak pergi jalan tengok lampu kat ipoh ker? dia macam ala-ala icity gitu.

    ReplyDelete
  13. Alasan diterima...tp mesti mak jilap yg beriya2 kata tak boleh balik sebab hujan lebat kan... padahal niat sebenar nak duduk hotel...kan kan kan....

    ReplyDelete
  14. Ipoh banyak juga kedai menarik. Tak jalan-jalan cari makan kat sana ker akak.

    ReplyDelete
  15. Jalan-jalan cari hotel juga macam ni. Hotel apa ni akak?

    ReplyDelete
  16. Hahahahah... Ada peluang pe lagi. Tido la hotel!
    Tapi mak ada bagus nya. Boleh rehat. Hujan lebat sangat pun bahaya. KL pulak asik la banjir kilat je kalau hujan lebat sikit. Trauma nak drive dalam KL. Takut stuck huhu.

    ReplyDelete
  17. sama la kita bukan jauh sangat pun kan..tapi kalau pergi hantar atau ambik anak..mesti la nak bermalam dibp

    ReplyDelete
  18. sejuk2 gini ambil peluang la bergolek dengan suami tu Okje..hahah..bulan madu kali ke ??? katanya......hahahah

    ReplyDelete
  19. hahah alasan punya baik tu mak

    ReplyDelete
  20. terbaek la entry mak ni,life gitu, jarang sangat orang kalau dah pi berjalan tu nak ingat nak say hi hi kat kengkawan blog, kan...malam minggu pon sunyi je ke Ipoh tu?...musim hujan kot :D

    ReplyDelete
  21. Bukan kes tak hinggat bawa baldi ke...tu..
    Alasan nak menyoping baldilah tu...

    Knor nak tya anak tu diploma ke degree. .makin hensem tgokkk,rupa mak2 ni

    ReplyDelete
  22. Takpe mak bior le tido hotel keselamatan harus di utamakan...gituuuu...kikiki...tak lama lagi kite kat sini pon sebuk la kene beli baldi bagai...kuikuikui

    ReplyDelete
  23. Anak sulung nekcik di Arau dulu pun lagu tu jugak..6jam perjalanan lah dari kl kan..mcm peluang untuk nyeberang ke lkawi..he. He

    ReplyDelete
  24. assalam...
    lama x jenguk sini...aktive lg berblog ye...sy dh bergelar isteri setahun lebih dah..so aktive memandang wajah en suami aje le...

    ReplyDelete
  25. hahahaha. sawan baldi tu nak tergelak baca. bayangkan kalau ada yg peluk baldi dalam kereta

    ReplyDelete
  26. ambik kesempatan ye kak tido hotel.. hahaa..geng Pae, asyik2 minta bawa tido hotel..
    sawan beli baldi tu tak leh tahan... hahaha.. every sem nk kena beli...kihkih

    ReplyDelete
  27. Mak memang pandai ambil kesempatan. Untung anak-anak Mak dapat pengetua SK Mesyuarat Tingkap BMC macam Mak ni tau!

    Tapi yalah, dah hujan lebat sangat. Kalau saya pun, tak akan izinkan sang suami memandu dalam hujan lebat. Dahlah penatkan menguruskan anak bujang dan anak tekak seisi keluarga terutama isteri tersayang. Kesian alahai PakJilap, tiap kali masuk semester baru kena angkut baldi kat kedai di Sri Iskandar tu.

    Berapa lama lagi agaknya Mak akan berkelana macam ni ya, Mak? Lama lagi eh anak bujang Mak nak habis belajar. I suggest dia sambung terus Masterslah senang. Mak pun untung dapat tidur hotel kat sana lama sikit ^_^

    ReplyDelete
  28. sesekali tidur hotel best juga....bukan apa tukar permandangan hehe

    ReplyDelete
  29. Anak2 dah lama ajak pegi hotel...
    Tapi mak ayah pula yg selalu sibuk...
    Untung mak ni tau... boleh pegi hotel sokmo!

    ReplyDelete
  30. lebih baik la stay dari balik dlm keadaan hujan lebat!
    dpt ler rehat kan tulang temulang kat hotel gitu :)

    ReplyDelete
  31. Best la dapat ronda2..
    Lawo pulak gambo hujan tu Mak

    ReplyDelete
  32. Untunglah sambil menyelam minum air..janji dpt tido jotel n ronda.satu nikmat dh tu klu sy la..sama naik sawan dengan mak jilap kekdahnya.haha..

    ReplyDelete