Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 18 November 2016

Giveaways sempena Anniversary

Entri melekatlah sangat hihi.....

Salam Isnin......

Hari ni berapa hari bulan ? 
14 haribulan ek? Tulah tu...... sejak dah semakin dekat dengan Anniversary ni, mak dah semakin lupa hari pulak weyh hihi..... Maklumlah tengah berangan menanti hadiah daripada Pak Jilapah haha..... 

Mak ingat sempena menyambut Anniversary mak pada 18 November ni.....mak nak buat macam ala ala Giveawaylah! Korang rasa ada ke orang nak join ek?   Dahlah kalau orang buat GA, mak tak pernahnya nak join haha.... Dulu dulu masa mula mula berblogging, adalah mak join jugak. Nak mengumpul follower katanya. Tapi bila dah lama berkecimpung dalam bidang ni, mak rasa bilangan follower tu tak penting sangat pun, apa yang penting, kesudian orang orang yang macam korang ni, tak pernah jemu baca cerita merapu dan berkomen dalam blog mak ysng tidak seberapa ni.

Tak perlah...... kita serahkan ajelah pada nasib...... untung sabut timbul, untung batu tenggelam.... Kalau tak ada orang nak join, selamatlah duit Pak Jilpah haha......

Sesiapa yang sudi join tu, jangan takut weyh...... mak letak syarat mudah mudah aje. Enggak usah pusing banget mikrinnya dong....... haha.... Ha sudah! Tukar warganegara pulak dah! haha.....

Bakat yang selalu di pendam haha...... punyalah terer melukis sampai tak rupa orang yang dilukis huh.... 

Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entry khas mengenai blog mak dan selitkan ucapan Wedding Anniversary mak yang 21.

2) Dah buat tu kenalah inform mak kat entri ni ye. Kalau tidak, takut mak tak perasan pulak entri korang tu.

3) 3 entri yang kreatif dan berjaya menambat hati Pak Jilapah akan dijulang sebagai pemenang!!!! Huiiiii kalah Gegar Vaganza ni hihi..... Yang pasti hadiah bukan Mujur ada Pamoga ye haha..... 

Korang nak hadiah apa ek agak agaknya? Hadiah mahal mahal mak tak mampu weyh.... Mak bagi duit ajelah ek, RM50.00 setiap pemenang. 

4) Tarikh tutup penyertaan 18 November 2016. Insyallah, pemenang akan diberitahu dalam entri Anniversary mak nanti

Mereka yang join :

1) Anum - anumkhairil.blogspot.my
2) Sue Bee - resepimasakanmudah.blogspot.my
3) Haslinyda - haslynda-umairah.blogspot.my
4) Shahida - kasihkuamani.blogspot.my
5) Nazliana - adna2029.blogspot.my
6) JM - belogsjm.blogspot.my
7) Ms Valentine - msvelentine.blogspot.my
8) eydacalyx90.blogspot.my ( Sorry eyda, hakak tak boleh masuk blog eyda )
9) Atie - atieyusoffamily.blogspot.my
10) Yati - cahayahidupku2569.blogspot.my
11) Unnianje - unnianje.blogspot.my
12) Ira - bdkbucuk.blogspot.my
13) Mak Ton - mummydearie.blogspot.my
14) Rul - sweetmemories4u.blogspot.my
15) Cik Nor - norminieza.blogspot.my
16) Azra - aryanazra.blogspot.my
17) Yana Yani - iamaproudmama.blogspot.my
18) Nor Azimah - srikandiofficialblog.blogspot.my
19) Kanda Zakie - zakiepurvit.blogspot.my
20) Rietta - hati-dan-bicaranya.blogspot.my
21) Rozita - ceritaita.com
22) Noe Suhaimi - alyadina.blogspot.my

68 comments:

  1. Hoyo mak.. kemain sambut anibersary dia, siap buat giveaway lg.. kerlasss gtu.. mesti ramai yang join ni..

    Meh nk ucapkan selamat ulang tahun awl2.. idakla awl mana pun ni, pejam celik kejap je sampai tarikh sebenarnya.. selamat ulang tahun buat Kak Hainom dan En suami.. moga kekal jodoh dan kebahagiaaan hingga ke akhir hayat.. moga kekal awet muda sokmo

    ReplyDelete
  2. Wow sempena anniversary ke 21 tahun..
    Terus buat GA ye Nom..
    Ok nanti CH cuba joint juga GA ni ye..
    Bagi memeriahkan GA ko ni Nom..

    Kena pikirin jugak ini mak weyy..
    dah di kabarin yg kretip gitew..
    Besar sudah RM50 tu mak weyyyy.. hahhahaa..

    Ok lah kita ucap awal2 ye..

    Barakallahu Lakuma Fii Khair buat hainom dan pasangan..
    Semoga akhirannya di jannah firdausi duduk bersanding selamanya..

    ReplyDelete
  3. Wow bkn main lagi ye siap berGA lagi...boleh beli,lauk 3 hari ni...haahhah

    ReplyDelete
  4. Waduh...menarik ni...

    Happu Anniversary in Gedeban eh...Advance buat Anom dan En Suami.

    Keinginan dan bakat mengarang kakcik dah merudum ke Lautan Hindi sekarang ni... :(

    ReplyDelete
  5. Wowwww hebatnya geng, hepi anniversary, rupa2nya awal kita sebulan erkkkk, patut le usia anak kita lebih kurang jer KECUALI Alya..

    BerGA? xper, kita bg laluan buat rakan2 diluar sana, ramai yg berminat tu, kita sbg rakan2 lama, tetap bg sokongan.

    ReplyDelete
  6. Wowwww hebatnya geng, hepi anniversary, rupa2nya awal kita sebulan erkkkk, patut le usia anak kita lebih kurang jer KECUALI Alya..

    BerGA? xper, kita bg laluan buat rakan2 diluar sana, ramai yg berminat tu, kita sbg rakan2 lama, tetap bg sokongan.

    ReplyDelete
  7. Bestnya mak ada suprise sempena anniversary...
    Kna karang ayat huhu..

    ReplyDelete
  8. hai Hainom
    Anum join ya
    http://anumkhairil.blogspot.com/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html

    ReplyDelete
  9. Wah.. anniversary akak dkt2 ngan ira la.. ira 20hb ni.. hehehe..
    Sama la kak, ira jarang join giveaway ni.. tp cam menarik jgk ni kalau join.. kalau ada kesempatan masa nk mengarang, ada la nnt..
    Apa2 pun.. happy anniversary buat kak hainom & suami.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah..
    Cantik la lukisan tu..
    *setuju dgn akak, bilangan follower x penting, kesudian mereka membaca dan mengomen tu yg penting.. hehe..

    ReplyDelete
  10. Oh...anniversary ke-21 **tepuk tangan** Bukan tak nak join, sebab tarikh tutup 18-11-2016, tak sempat. PH weekend aje ada masa nak buat blog post. Anyway, I am sure ada bloggers lain yang akan join.

    ReplyDelete
  11. Hok aloh! Terkejut chimpanzee kita ni dibuatnya! Mak, Mak demam ek? Tetiba aje nak buat GA masa anniversary yang ke-21 nih....

    Kita rasa macam kita tak joinlah, Mak. Kita takut Mak susah hati nanti kalau tak umumkan kita sebagai pemenang. Maklumlah, kita ni jiran sebelah. Kalau tak menang, mahu tak bertegur-sapa sepurnama lamanya nanti. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, kita tarik diri ler. Hahaha!

    Wallaweyh! Mak ada bakat terpendam, tenggelam, untung sabut timbul rupa-rupanya! Sejak bila Mak terror melakar ni? Ni walaupun katanya tak serupa dengan rupa asal, asal lakaran jadi muka orang tu kira hebatlah, Mak....

    Kita pun tak mampu nak melakar muka orang ni. Kalau kita lakar muka Mak, dah tentu-tentu jadi entah muka sapalah gamaknya! Ish, seriau nak bayangkan ^_^

    Ucap siap-siaplah Mak senang walaupun lagi 4 hari anniversarynya. Takut kita ditimpa malas berganda hari tu.

    Happy Anniversary.

    Muah, muah, muah, muah pipi kanan kiri.

    Pipi Mak ajelah, tak akanlah nak muah-muah pipi PakJilap pulak.

    Kahkahkah!

    ReplyDelete
  12. Insha Allah Mak, nanti saya join..kejap nak cari idea buat entry

    ReplyDelete
  13. Haiyoo mak nya dah kawen 21 tahun ekk..uihh!! Jangka masa yg lama tu.. SB nak jangkau 21 tahun eniveseri pon kena tunggu 5 tahun lagi nih..

    ReplyDelete
  14. Aku pun sama mak, tkde nak join do, otak tgh biul nih, penin, penin..jadi biarlah aku menarik diri sendiri, haha..
    Apapun aku nak ucapkan heppi anniversary in advance, semoga anniversary kali ni adalah anniversary terhebat dlm sejarah perkahwinan ko yr.
    Jgn riso, mesti ramai punyalah peminat ko yg nak join, tak percaya tengoklah nnt.

    ReplyDelete
  15. Happy anniversary in advanced lah Hainom
    Semoga terus kekal bahagia bersama Pak Jilap tu
    Kaknoor ni bukan terer sngt bab tulis2 mereka cerita kalau suruh masak boleh lah sikit2
    Confem lah to join ni
    Tpi kalau nk hadiah annivesary boleh aje
    Tpi kena wasap kaknoor address tau
    Email2 tak mau hahaha

    ReplyDelete
  16. Tahniah kak anjurkan giveway..msti ramai yg join..

    ReplyDelete
  17. Hebatnya kau Anom. tahniah n happy anniversary..

    ReplyDelete
  18. walaupun dah 20 tahun kawin..tapi nampak awet muda.. jeles mak uollsss

    ReplyDelete
  19. tahniah mak, selamat anniversary. insyaAllah kalau ada masa saya join

    ReplyDelete
  20. happy anniversary mak hainom dan pak jilpah ya....

    semoga bahagia hingga ke syurga...


    ReplyDelete
  21. semoga GA berjalan dengan baik....

    ReplyDelete
  22. http://haslinyda-umairah.blogspot.my/2016/11/hainomokje-giveaways-sempena.html#more

    kita join tau...terima kasih

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..
    Sha joint..
    http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html

    ReplyDelete
  24. ana join
    http://adna2029.blogspot.my/2016/11/giveaways-blog-hainomokje-sempena.html

    ReplyDelete
  25. Wah ada GA la.. Insyallah sempat nak buat entri nanti saya join akak.

    ReplyDelete
  26. Macam menarik. Sempat lagi nak join macam ni.

    ReplyDelete
  27. SAYA JOIN

    https://belogsjm.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html

    ReplyDelete
  28. http://msvelentine.blogspot.com/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html oleh kerana tarikhnya sama dengan birthday saya so saya join ya ...

    ReplyDelete
  29. First time blogger buat giveaway masa anniversary.. ahaha

    ReplyDelete
  30. Hainom,

    Entry ni saya terdelete hari tu. Jadi saya upload semula tapi semua komen dalam entry tu hilang. Komen yg ada dalam ni semua komen baru.

    Terima kasih sebab mengomen. Komen2 seperti dari hainom ni yg membantu saya matang.

    Thanks. Saya 0k je.

    *macam mna nak join giveaway ni.

    ReplyDelete
  31. saya joinnnn... :)

    http://eiydacalyx90.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html

    ReplyDelete
  32. 2 hari lagi nak anniversary. 18hb lah kak ye baru saya wish.Hehe! Datang join GA :
    http://atieyusoffamily.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary-21-hainom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie punya anniversary bil pulak?

      Delete
  33. lagi 2 hari je lagi...insyaAllah...ada kesempatan noe join...

    ReplyDelete
  34. Assalam Mak hainom,

    Ni haa CH dah menyertai GA hang tu Nom..
    Jangan nak sentap lagi tau..
    Gi terjah..
    Pastikan CH menang tau hahhaha..

    http://cahayahidupku2569.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html

    ReplyDelete
  35. lapor diri

    https://unnianje.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html

    ReplyDelete
  36. salam... wah ada GA, happy anniversary in advance yer !

    ReplyDelete
  37. Ira join jugak.. haha..
    http://bdkbucuk.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary-ke-21.html?m=1

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah kak anom. happy anniversary ye berbahagia selalu disamping yg tercinta.. gitcheww :D

    ReplyDelete
  39. Fuyoo 50inggit byk tu nk join entah sempat ke tak ni mak jilap..esok je tarikh tutup.huhuhu

    Apa pun sy nak wish happy annivesary in advance tuk mak jilap dan pak jilap.semoga hubungan bertambah erat cinta smp syurga

    ReplyDelete
  40. Ahah... macamana nak buat ni, Mak!

    Dengan penuh keterpaksaan dan dipaksa, Kak Ton siapkan di dinihari yang sejuk membeku ni tau.

    Nah kupersembahkan :-

    https://mummydearie.blogspot.my/2016/11/giveaway-sempena-anniversary-ke-21.html

    ReplyDelete
  41. Mak, sesibuk mana pun, saya dah buatkan entri khas ni tau, Mak.

    https://sweetmemories4u.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary-ke-21.html

    ReplyDelete
  42. wah! ada GA! nak join juga!
    manalah tahu berkat dah lama tak muncul, dapat RM50. hehe
    ok, nanti saya usahakan publish.
    Besok boleh kan? 18/11/2016.
    Sebelum pukul 12am still valid lagi penyertaan kan...kan? hehe

    apapun, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ye OKje =)
    semoga berbahagia dunia dan akhirat
    okay...masa tu cari idea!

    ReplyDelete
  43. wahhh insyaallah ada rezeki klu ada kesempatan nak join.. nanti Hsna inform tau....

    ReplyDelete
  44. aryanazra.blogspot.my/2016/11/giveaway-sempena-anniversary.html?m=1

    Nahh dalam sibuk2 nak join jugaklah hihihi

    ReplyDelete
  45. selamat ulang tahun perkahwinan OKje
    saya join ye
    https://iamaproudmama.blogspot.com/2016/11/happy-anniversary-hainom-okje.html

    ReplyDelete
  46. good luck semua. saya lupa betul pasal ni

    ReplyDelete
  47. Dinda... selamat ulangtahun perkahwinan
    Kanda sedang diuji oleh Allah sebab itu agak sepi
    Tapi tetap kanda titipkan ucapan bukan sebagai peserta GA tapi ucapan tulus buat dinda. SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 21 dinda. Salam buat en. abangnya juga.

    http://zakiepurvit.blogspot.my/2016/11/ga-happy-21st-anniversary-dinda-hainom.html

    ReplyDelete
  48. Happy 21st anniversary kak Hainom & en.Pak jilapah, alaa knape baru tahu ni.. sempat ke tak nak mengarang eh ':D

    ReplyDelete
  49. Happy anniversary kak...
    Semoga kebahagiaan berkekalan :)

    ReplyDelete
  50. alaaa dah tutup yer... Apa pun. happy anniversary. Moga bahagia sampai ke jannah

    ReplyDelete
  51. ni entry rietta...
    http://hati-dan-bicaranya.blogspot.my/2016/11/giveaways-sempena-anniversary.html

    ReplyDelete
  52. dah join... nanti akak dan pak jilapah baca ye...

    http://www.ceritaita.com/2016/11/ga-sempena-anniversary-hainom-ok-je.html

    ReplyDelete
  53. noe join jugak ni... http://alyadina.blogspot.my/2016/11/giveaway-sempena-anniversary-hainomokje.html

    ReplyDelete
  54. Ala makkkk...

    Dah ter tamat lah pulak tarikh penyertaan...

    Tak sempat nk. Join

    ReplyDelete
  55. Apa pun..

    Selamat ulang tahun ye kak hainom. a.k.a mak :-)

    Semoga berbahagia hingga ke syurga Nya dan sentiasa diberikan rezeki yg diberkati... :-)

    ReplyDelete
  56. Ala... terlepas sudah... apa pun, selamat ulangtahun perkahwinan ke-21 okje... lama tu 21 tahun.. kena minta tips rumahtangga dengan okje ni... hehehe moga jodoh okje dengan pak jilapah kekal sampai ke jannah yea... doakan saya gak tau okje.. 😘

    ReplyDelete
  57. Sy x smpat nk join. Apa pn gudlck buat yng menyertai. ☺👍

    ReplyDelete
  58. Tak update cerita baru ke.
    Atau sedang keletihan menyambut anivesri.

    ReplyDelete