Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 31 March 2017

Kota Kinabalu - Rumah Terbalik

Salam....

Salah satu tempat tarikan kat Kota Kinabalu ni dah tentulah Rumah Terbaliknya. Macam tak sahlah kan, kalau ke Kota Kinabalu tapi tak ke sini? Betul tak orang Sabah? Betul ke tak Unni Anje?

Plannya nak singgah sini masa perjalanan balik dari Kundasang, tapi hujan lebat sungguh petang Jumaat tu. Memang tak berbaloilah kalau singgah. Kang ada yang masuk rumah terbalik dengan baju lencun pulak kang hihi.... So esok paginya, iaitu hari terakhir mak kat Sabah, barulah ke sini.  Tak jauh mana pun dari Kota Kinabalu, lebih kurang 1/2 jam perjalanan. Lagi pun sejalan ke Kundasang je tempat ni. Tepi jalan lagi.


Mak masuk Rumah Terbalik je, tak pergi pun yang 3D muzium tu. Malas dah nak berposing posing selain nak bayar tiket yang boleh tahan jugaklah kalau 5 orang ni hihi.. (Sawan kedekut dah sampai ).

Kat dalam rumah tak boleh ambik gambar, so kita ambik kat luar rumah ajelah kan.....


Pak Jilap sempat lagilah bergymnastik kat toilet hihi.....Laki korang hado buat perangai macam ni? Haha....


Hish....sorang lagi buat hal..... Pening weyh tengok gambar terbalik ni!



On the way balik ke Kota Kinabalu tu, kalau rajin boleh jugak singgah Chantek Borneo ni. Tempat dia dekat dekat je dengan Rumah Terbalik.  


Tak masuk dalam pun, ambik gambar dari luar je. Dapat tinggal jejak jadiklah....... Lagi pun mak bukan minat sangat muzium muzium ni kan hihi.... 


Dah..... jom bang!


Thursday, 30 March 2017

Kota Kinabalu - Misi mencari makan

Salam Khamis.....

Kalau ke Sabah jangan lupa makan seafood!!! Murah murah seafoodnya bah!

Dah katanya seafood kat Sabah ni murah kan, mana mungkin mak lepaskan peluang nak mencuba. Lepas check in kat Tune Hotel petang Jumaat tu, terus pergi riki kawasan. Ingatkan bolehlah harap Adik Kawasan tolong tunjukkan tempat makan best kat sini, tapi nampaknya Allah tak mengizinkan kita berjumpalah Mia! Kalau tak boleh tempek kat blog gambar kita berdua buat kenang kenangan ek...

Daripada bacaan blog, ada yang mencadangkan makan kat Waterfront lebih murah, ada jugak yang mencadangkan makan kat Tanjung Aru ( bukan Tanjung Rhu, kena tegur dengan adik kawasan salah eja weyh!! hihi ). Hajat dihati dah tentulah nak makan kat tempat yang murah dan sedap, tapi dengan keadaan jalan yang jem dan sedikit renyai petang Jumaat tu, terpaksalah redho dengan keadaan. Makan mana mana pun bolehlah..... asalkan seafood!

Tak berani haih nak banyak cengkadak! Ada pulak yang tak jadi makan kang.....

Dah katanya nak ke Filipino Market kan,  kita sekali jalan ajelah. Makan ajelah apa yang ada dekat dekat area situ. 

Sampai kat Waterfront tu memang banyak sangat kedai makan. Bingung nak memilih. Mencari cari jugak Kedai Makan Ummi yang Eima cadangkan dalam blog masa dia ke Sabah dulu, tapi tak berjumpa. Sudahnya makan ajelah kat mana mana kedai pun.

Masing masing dah penat dan boring! Boleh tahan lama jugaklah menunggu makanan kat sini.


Akhirnya, sampai jugak seafood yang ditunggu....

Bagi mak, rasa masakan kat sini biasa biasa aje, masih tak boleh lawan masakan seafood kat Bagan Lalang atau pun Umbai.... Nak kata seafood kat sini fresh fresh, taklah jugak ( mungkin tengok kedai kot)....Murah? Mungkinlah ada sikit murah, Tak delah murah sangat pun.  Apa pun, alhamdulilah dengan rezeki yang Allah bagi....  



Laut, belakang gerai kuih tu aje....


Banyak aktiviti kat Waterfront ni rupanya. Ala ala jeti pun ye, tempat nelayan naik turun. Bukan tempat makan aje, sebelah tu, ada pasar basah, pusat penjualan gelang, brooch dan butang mutiara jugak. Kuih kuih kering, pelbagai jenis kerupuk, kuih cincin, biskut Gery. Macam macamlah weyh! 

Dah sampai Sabah bahhhhh, wajiblah kan soping sikit buat kenang kenangan.


Dapat jugak akhirnya merasa Sayap Panggang Madu Sabah. Sedap banget weyh! Tapi tak puas makan. Yelah mana cukup 5 ketul je? Eleh......bukannya mak sorang pun. Nak beli lagi, Pak Jilap tak bagi!! Katanya nanti kenyang, lauk tak habis. Sakit hati mak tau. Terus majuk! huhu.....

Pisang cucuk cucuk ni Pak Jilap yang teringin. Majuk punya pasal, mak tak makan pun. Padan muka mak tak dapat rasa! Haha.....

Wednesday, 29 March 2017

Kota Kinabalu - Hotel dan Senja di Kundasang

Salam Rabu.....

Harap maaf ye korang, walaupun cuma ke Kundasang, tapi mak tetap nak buat entri berpart part, acah acah melancong ke Jepun je gayanya macam Salbiah M hihi.... Sebelum tu nak teka, M tu Muo ek Sal? Ooooo....

Untuk komen Mak G yang melahirkan rasa kesedihan dalam entri Perjalanan ke Kundasang, jangan risau, Adik Kawasan Kota Kinabalu dah memberi pencerahan. Harap ko lega ye mak....   

Jejak je tayar kereta kat Kundasang petang tu, mak terus check in kat Strawbery Garden Hotel. Hotel ni letaknya lebih kurang 20 minit perjalanan ke Desa Dairy Farm dan 5 minit ke Pekan Kundasang. Ada balkoni lagi weyh. Memang bestlah menikmati kesejukan dan kabus waktu malam. 


Bilik besar dan selesa, cerek ada, nescafe 3 in 1 pun disediakan. Tudung berkedut tak ada masalah, iron ada, boleh gosok. Nama pun Strawberry Garden Hotel kan, tepi tepi tu memang diaorang tanam pokok strawbery. Nak acah acah petik bolehlah kot. Tapi mak skodeng dari jauh jer......  


Mak rasa hotel ni masih dalam proses renovation lagi, tapi oklah...... Cuma yang kurang best, bab naik tangga! Nak masuk bilik kena mendaki tangga weyh, setengah pengsan jugaklah makcik nak menyampaikan bilik tu hihi.... 


Pak Jilap booking online dengan Agoda tak termasuk sarapan. Sampai sana diaorang kata harga bilik termasuk sekali sarapan.  So Pak Jilap siap siap order masa check in. 3 nasi goreng, 2 mee hoon goreng. 

Nak tanya orang Sabahlah, mee hoon goreng Sabah memang su'un ke? 

                 

Petang tu, lepas check in terus pergi ke Pekan Kundasang cari makan. Banyak je kedai makan kat sini. KFC pun ada. Ronda jugak pasar malam yang menghadap Gunung Kinabalu dan Banjaran Croker. Mana dapat kat KL? Subhanallah..... 

Mak mengidam Sayap Ayam tapi ramai pulak orang yang beratur, malas nak tunggu. Frust punya pasal, kan mak dah posing! Depan pasar malam pun jadik. Tulah...... ramai lagi!!.....


Tuesday, 28 March 2017

Kota Kinabalu - Perjalanan ke Kundasang

Salam Selasa.....

Mehlah mak sambung cerita Kundasang sebelum basi weyh!

Sebenarnya tak delah tragis sangat cerita kereta tu hihihi......Saja je buat gempak! Biasalah, nama pun kereta sewakan. Kalau bernasib baik, dapatlah kereta tip top, kalau tidak, dapatlah kereta Persona yang mati mati engin macam mak ni.


Mula mula tu engin mati kat traffic light, masa tu tak sampai lagi pun simpang ke Kundasang. Pak Jilap dah perasan jugak macam tuning dia rendah, tapi ingatkan mungkin kita belum biasa dengan kereta tu lagi, so kasi redah ajelah...... Dah tak sabar weyh nak sampai atas cepat! 

Tapi bila dah start jalan berbukit bukit, berselekoh pulak tu, tambah pulak bila ada lori kat depan, semakin menjadi jadi pulak sawan mati engin dia. Nak potong, takut tak cukup pick up, tak potong, engin macam nak mati sebab jalan perlahan. Haih.... seram weyh. Takut kereta belakang tak perasan je. Kang, tak pasal pasal mak anak beranak bercuti kat Hospital Queen Elizabeth pulak jadinya haha......


Tak boleh jadi kalau cenggini, so, Pak Jilap decide tukar kereta lain. Nak tak nak terpaksalah menunggu diaorang hantar kereta lain. Alhamdulilah, dalam pada banyak gereja sepanjang jalan ke Kundasang tu ( rasanya lebih daripada 10 biji ) terselit jugak Surau Kg Bonggol, betul betul sebelum simpang ke Kuala Belud. Kebetulan memasing pun belum solat, teruslah solat jamak kat situ.

Dekat 2 jam jugaklah menunggu diaorang hantar kereta. Apa lagi! Kita angkat kakilah haha....
                  
                                                          Gunung Kinabalu kah itu??? Entah.......

                  

Dapat kereta dalam pukul 3 lebih tu, mak teruskan perjalanan. Misi utama tentulah kena isi perut dulu. Lapar weyh! Pilih aje kedai makan yang ada sepanjang deretan kedai di Pekan Nabalu tu. Jangan pulak expect kedai makan best best kat sini!  

Suasana dalam kedai  .....

Pemandangan luar tingkap kedai.


Nasi dan Ayam Goreng Berempah Nabalu, nama diberi. Sedap weyh! Sambal tu nampak aje macam tu, tapi sedap. Jangan di pandang pada kedainya tapi pandanglah pada sedapnya makanan tu hihi......


Monday, 27 March 2017

Kota Kinabalu - Kundasang Desa Dairy Farm

Salam Isnin......

Ni semua gara gara Aryan Azra dengan Mia Kassimlah ni..... tengok apa dah jadi?? Kan mak dah ke Kundasang? Tolong kecam  minah 2 orang tu sekarang jugak! Haha....

Bertabahlah korang ye seminggu dua ni, memang muntah kaler kalerlah korang nampaknya layan gambar mak. Sebenarnya mak frust sebab tak dapat snap angle yang cantik satu family kat sini. Entah kenapa, tetiba pulak macam kena sawan penunggu gunung memasing, sorang tak de mood, sorang merajuk, sorang tu pulak terlebih excited..... sudahnya, huh...... apa apa ajelah. 

Inilah masalahnya bila orang baju hitam tu tak boleh nak plan cuti. Semua terpaksa plan last minit. Jenuh mak mengenen Pak Jilap tau. Mak bukan apa, mak fikirkan sementara anak anak tengah berkumpul ni. Esok esok kalau Angry Bird dah sambung belajar, entah bilalah dapat berkumpulnya lagi pulak. Kalau mak tak grab yang last minit ni, nak tunggu bila lagi? Dijangkakan mereputlah mak sampai menapose tak kemana weyh hihi.....

Wajiblah buh gambar berdua acah acah honeymoon kan haha..... Nak posing acah acah angkat macam orang tu, kang patah pinggang pulak Pak Jilap kihkihkih.... 

                 

Objektif utama ke sini sebenarnya nak bawak anak anak merasa naik kapal terbang. Tak dapat pergi jauh sangat, pergi jauh sikit, jadiklah kan. Puaslah jugak duduk 2 jam 30 minit dalam perut kapal terbang tu. Tapi yang sebenarnya, bukan anak anak aje yang teruja, maknya pun terlebih teruja hihi.... tapi coverlah kan......

Mana nak dapat kat tempat lain? Makan aiskrim sambil menikmati aroma bau mooooooo haha.....


Mak ke Desa Dairy Farm ni hari ke 2 sebenarnya. Landing aje kat Kota Kinabalu pukul 10 lebih, pagi Khamis tu mak terus ke Kundasang. Dah plan nak tidur Kundasang 1 malam, tidur Kota Kinabalu 1 malam. 2 malam aje pun. Kereta dengan hotel memang dah book online. Tapi yang spoilnya, dapat kereta yang tak berapa elok. Booking Preve dapat Pesona. Buruk tu OK lagilah..... engin mati mati tu yang harunya. Dahlah mak nak naik bukit, duk belakang lori lagi, jalan selekoh selekoh lagi, engin pulak mati mati......korang rasa?

Nantilah mak cerita kat mana mak anak beranak tersadai hari pertama tu.  Sadis weyh....



Memang tak ada rezeki mak nak tengok puncak Kinabalu. Tebal awan masa ni. Terkejut kot tengok mak sampai Kundasang haha....

Bukti dah tinggal jejak kat Desa Dairy Farm. Hish....gambar ni lupa nak tahan nafas pulak ! Tolong salahkan angin! haha....

Oklah...... esok sambung lagi. Mak nak masak ni, anak mak nak sekolah. Ikutkan mood, nak aje sambung cuti masak haha...... 

Wednesday, 22 March 2017

Kenapa tak berani nak menyapa?

Salam Rabu.....

Nak ucap terima kasih pada Puan Hazel dah lama sebenarnya, tapi dah asyik bagi laluan pada entri sendiri yang syok sendiri, sudahnya baru sekarang dapat ucapnya. 

Sebagai seorang yang acah acah blogger, seronok tau bila dapat komen macam ni hihi.....

Apa lagi! Sengih sengih zirafahlah mak bila baca komen Puan Hazel ni! Atenya, ingat tak riang ria rasa di hati ke bila tahu ada orang mengaku dah lama follow blog kita? Terharu sangat tau ai..... bila tau blog Tin Kosong pun ada yang follow rupanya.

Kenapa tak berani nak menyapa Puan Hazel? Hakak bukannya harimau pun, hakak hanyalah seorang mak Jilapah yang acah acah cute aje haha.....

* Gambar tak ada kaitan dengan entri ek. Mak pinjam gambar kawan mak Nazi, yang tengah bercuti kat Cameron Highlands hari ini. Nyamannya menghirup udara segar...... 



   

Monday, 20 March 2017

Kentang Goreng Kari

Salam Isnin.....

Kemana korang cuti sekolah ni? Yati, Cahaya Hidupku hari Sabtu tu jugak dia dah merangkak ke Johor Bahru hihi.... Sebab apa merangkak? Sebab jem katanya sepanjang perjalanan. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, dari KL -  JB ambik masa sampai 8 jam tau. Tak perlah Ti, yang penting anak anak happy. Merasa jugak mereka ke Legoland tu. Mak ni nama je Bangsa Johor, jangankan Legoland, Forest City pun belum sampai lagi weyh haha....

Tak per....... korang pergilah perhabiskan duit cuti cuti sekolah ni. Biarlah mak sorang je yang simpan duit sambil mereput kat rumah buat Kentang Goreng Kari haha.....

Kentang Goreng Kari
Senang aje weyh nak masaknya. Tumiskan bawang putih bawang merah blend, serbuk kari dan sebuk ikan bilis, bubuh sedikit air kalau perlu. Perasakan garam dah gula, masukkan kentang yang dah digoreng. Siap!

Korang tau tak sekarang ni tengah viral menu Kentang Goreng Kari ni?  Serious weyh!!! Tapi viral kat group Whatapps Aweks Blogger mak jer lah hihi.... 

Ini semua gara gara Mak Tonlah ni. Dahlah masak Kentang Goreng Kari, lepas tu post kat Whatapps? Kan mak dah teringin dah! Taulah dia tu Ghost Kentang. Sekarang ni apa sudah jadi? Dengan mak mak sekali dah kena rasuk tau!...... 

Serious! Mak memang tak pernah masak Kentang Goreng Kari macam tu. Selalunya mak buat Kentang berlada tak pun, Kentang Kicap je.  

Untuk pengetahuan korang sekarang ni mak tengah kemaruk beli kentang jenis ni. Sebabnya malas nak kopek kulit hihi.... Mak cuma perlu basuh, potong, terus campak dalam kuali. Settle hihi.....    

Malas nak goreng, humban ajelah dalam oven suhu 200C, 45minit. Biar dia masak sendiri haha.... Kalau malas jugak, haih! Tak dapek den nak nolong!

Cubaan kali pertama Kentang Goreng Kari mak. Mak masukkan ikan goreng lebih semalam sekali hihi..... Yang atas tu cubaan kali ke dua. Dua dua pun sedap.

Hari ni macam nak masak Kentang Goreng Kari lagilah..... 


Friday, 17 March 2017

Mak dan SPM

Salam Jumaat.....

Keputusan SPM 2016 dah pun keluar semalam. Berakhir sudahlah keseraman calon calon ye. Haih..... bukan calon calon je yang seram tau menunggu result, mak pak calon pun ikut seram jugak! Semakin dekat pukul 11, macam macam organ pulak yang rasa tak selesa. Aduhhhh..... Taulah esok korang, kalau anak korang ambik SPM!.....

Tahniah jugak buat semua anak anak sahabat blogger yang berjaya dalam SPM semalam, Mak G , Geng LipisKanda Zakie...

Mak dengan Pak Jilapah semalam, sama sama memberikan sokongan moral sampai ke dewan sekolah hokey! Manalah tau kena interview wartawan ke haha..... Macam tak biasa, mak memang kuat perasan macam Jiran Sebelah haha..... 

Tak taulah prinsip korang macam mana, tapi prinsip mak selagi result belum keluar, selagi tulah mak memang mendoakan result yang terbaik untuk anak anak. Tak kiralah usaha dan keputusan dia sebelum ini macam mana sekali pun. Nampak macam gila kuasa ke ai ni? Haha..... Biasalah pompuan, kadang kadang kan hover tanpa sedar hihi.....

Alhamdulillah dengan keputusan yang anakanda Angry Bird dapat ( nampaknya Abang Iman masuh mengekalkan takhta ek! ). Tapi tetap menggembirakan ibu ayah. Terima kasih adik. Banyak A ke, sikit A ke, tak de A langsung ke, mereka tetap hebat di hati kita. Betul tak?

Marilah kita pau Pak Jilap makan set lunch dekat Resepi Rahsia .....Lapar weyh menahan seram!


Mak perasan, sejak dah semakin tua ni, emosi pun dah berubah menjadi semakin cool. Kalau dulu, masa muda, masa bekerja, mak ( mak rasa kebanyakan mak mak ) memang pentingkan result anak anak, lepas tu bandingkan dengan anak kawan, macamlah SPM dia tu power ranger genius kababoom dulu dulu haha..... Tapi alhamdulilah, sejak dah hampir nak menapose ni rasanya emosi dah semakin under control kot haha...

Agaknya itulah hikmah perkahwinan, dijadikan berpasang pasangan untuk saling lengkap melengkapi. Dalam hal pelajaran anak anak ni, Pak Jilap memang lebih redho dan pasrah gitu. Dia banyaklah mengawal emosi mak yang kurang stabil kadang tu. Setiap anak itu kan ada keistimewaanya tersendiri. Kecenderungannya juga berbeza.

Si bongsu mak cakap, kecenderungan dia muzik kot. Adoiyailah anak.....






Wednesday, 15 March 2017

Korean Snow Ice

Salam Rabu....

Kejadian Sabtu baru ni. Pagi, Pak Jilap meeting, petang tu dah kena heret dengan anak bini ke IOI City Mall Putrajaya hihi......

Ini semua sebab demam K-pop kat rumah tak habis lagilah ni. Lepas makan Korean Fried Chicken, dah nak makan dessert Korea pulak dah!..... Tak menurut kehendak anak, nanti kata mak bapak tak sportinglah, tak mahu luangkan masa dengan anaklah, itulah, inilah..... Tau ajelah anak anak generasi Y dengan Z ni. Banyak alasannya.....Weyh, kalau korang nak tau korang tergolong dalam generasi mana, boleh tengok blog Khairul Abdullah.com ni! Mak generasi X rupanya! 

Hanbing, Hanbing dah macam bunyi Kambing ek.....


Sorang generasi Y, sorang generasi Z,


Sorang lagi yang bergenerasi Z. Sebelah tu, Generasi X memang pemalu orangnya! Kalau rindu dengan dia, tengok ajelah lengan yang sado tu haha.....


Inilah dessert Korea yang diidamkan oleh Generasi Z katanya.....Haish! Kalau cenggini punya lazat, bukan generasi Z aje yang mengidam, generasi X pun sawan weyh! Sedap banget nih!! Mana boleh tahan tengok mangga tu......

Mango Snow Ice. 

Oreo Snow Ice

Sedap weyh!!!! Ais tu bukan macam ais biasa tu. Macam ais krim susu kena parut. Ringan dan cair di mulut. Harga dalam Rm20 henggit lebih satu mangkuk. Nak rasa benda alah ni, cepat pergi IOI City Mall Putrajaya sekarang! Gerenti korang tak akan menyesal!





Tuesday, 14 March 2017

Kembong hokey makan pulut

Salam Selasa.....

Hari Sabtu baru ni, sepatutnya ada perjumpaan adik beradik mak mertua kat Senawang. Temanya portluck. So menunya Nasi Ambeng katanya. Hish! Mak tak de lah join group whatsapp makcik makcik Pak Jilap ni. Info semuanya dari Pak Jilapahlah. Itupun cuma jadi ahli pemerhati aje. Biasalah orang lelaki yang 'macholah sangat', memang cenggitu perangainya! Lain sungguh dengan bini dia, bukan setakat ahli group whatsapp, ahli sembang jugak hehehe......

Menu menu utama tu, kita serahkan ajelah pada mak mak sedara Pak Jilap yang masak, line line anak sedara, chop menu yang lite lite sudahlah hihi.... Ada ke Pak Jilap suruh mak buat botok botok. Hish, macamlah bini dia ni pakar masak, tak maulah mak..... dahlah masak pun kadang jadi kadang tak, pas tu nak suruh masak untuk santapan ramai macam tu. Kang bukan botok botok jadinya, mak yang botak seluruh badan bau rempah haha.....

So jalan mudahnya, kita order ajelahlah Serimuka Durian. Dah tentu tentu sedapkan, sebab pakar yang buat! Kat tempat korang berapa RM ye kuih talam macam ni?


Tapi malangnya, disaat akhir, terpaksa cancel pulak sebab makcik Pak Jilap yang sakit kat JB tu tak boleh bangun dah. Ingat lagi tak entri mak yang ini, 'dan air mata kami pun gugur' dan 'ke Johor Bahru' so lokasinya pun terpaksa di tukar dari Senawang ke Johor Bahru.

Kebetulanlah pulak Sabtu tu Pak Jilap ada urgent meeting dengan boss dia. Memang tak dapat pergilah sudahnya. Mak dengan Pak Jilap cuma dapat pergi esoknya, hari Ahad. Tak sedap hati pulak kalau tak tengok. 

Habis tu? Sapa yang nak habiskan Serimuka Durian setalam tu? Kalau bukan mak dan mak dan mak? Adoiyai.....Kembong hokey makan pulut haha......

Friday, 10 March 2017

Korean Fried Chicken

Salam Jumaat.....

Semalam mak puasa ye. Puasa ganti..... Malu betul makcik, Ramadhan dah dekat, puasa ganti belum habis lagi! Dasar Jilapah!!!haha....

Tapi serious ah, semalam mak memang macam kena sawan, macam macam yang diinginkan. Tengok bekal Dananasi dengan petai pun nampak lazat berganda weyh...... Akhirnya, hasil telan air liur sepanjang hari

Kentang sambal tu memang sengaja mak buat banyak, sebabnya makcik nak meratah hari ini hokey hoho....


Sebenarnya nak cerita lauk ni. Hasil tangan Angry Bird. Korean Fried Chicken katanya. Alah....remaja remaja sekarang ni kan kalau boleh semuanya nak di Korea kan. Padahal resepinya lebih kurang macam masak Sos Kicap mak aje tu.....

Korean Fried Chicken
Kalau nak banding dengan Sos Kicap mak, mungkin resepi Korean Style ni adalah jugak bezanya. Ayam goreng tu salut dengan telur putih, tepung jagung, oat, baking powder. Haish! Macam macam pulak bahannya. Mak kurang suka ni kalau bab bab leceh macam tu..... Kalau mak goreng harus togel aje ayam tu haha.....

Tang sos dia tu pulak mungkin ada tambah madu, minyak bijan. Itu ajelah kot. Masa dia masak, memang mak tak tengok pun, tak kuasa nak duduk dapur jugak weyh.... baiklah mak bersenang lenang kat depan TV sambil layan whatsapp haha.... Bukan senang nak dapat anak dara mak masak ni tau! 

Apa kata juri? 
Oleh kerana mak puasa semalam kan, masa buka tulah baru rasa. Manis sangat dan kurang pedas! Muak sikitlah kalau makan banyak!.... 

Mak ni jenis pemanis jugak orangnya. Kalau masak, memang gula tak tinggal. Tengok jugaklah masak apa. Tumis sayur tidaklah haih buh gula.... Macam masak sambal, kari, asam pedas tu memang bubuhlah.... Korang masak letak gula? 

Yang ni mungkin terlebih bubuh kuantiti sos kot. Yelah sos Thai tu dah maniskan, madu lagi, sos tiram lagi....  

So tak per, next time cuba lagi ek! Senang sikit dah lepas ni, Korean Fried Chicken satukkkk!