Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 10 March 2017

Korean Fried Chicken

Salam Jumaat.....

Semalam mak puasa ye. Puasa ganti..... Malu betul makcik, Ramadhan dah dekat, puasa ganti belum habis lagi! Dasar Jilapah!!!haha....

Tapi serious ah, semalam mak memang macam kena sawan, macam macam yang diinginkan. Tengok bekal Dananasi dengan petai pun nampak lazat berganda weyh...... Akhirnya, hasil telan air liur sepanjang hari

Kentang sambal tu memang sengaja mak buat banyak, sebabnya makcik nak meratah hari ini hokey hoho....


Sebenarnya nak cerita lauk ni. Hasil tangan Angry Bird. Korean Fried Chicken katanya. Alah....remaja remaja sekarang ni kan kalau boleh semuanya nak di Korea kan. Padahal resepinya lebih kurang macam masak Sos Kicap mak aje tu.....

Korean Fried Chicken
Kalau nak banding dengan Sos Kicap mak, mungkin resepi Korean Style ni adalah jugak bezanya. Ayam goreng tu salut dengan telur putih, tepung jagung, oat, baking powder. Haish! Macam macam pulak bahannya. Mak kurang suka ni kalau bab bab leceh macam tu..... Kalau mak goreng harus togel aje ayam tu haha.....

Tang sos dia tu pulak mungkin ada tambah madu, minyak bijan. Itu ajelah kot. Masa dia masak, memang mak tak tengok pun, tak kuasa nak duduk dapur jugak weyh.... baiklah mak bersenang lenang kat depan TV sambil layan whatsapp haha.... Bukan senang nak dapat anak dara mak masak ni tau! 

Apa kata juri? 
Oleh kerana mak puasa semalam kan, masa buka tulah baru rasa. Manis sangat dan kurang pedas! Muak sikitlah kalau makan banyak!.... 

Mak ni jenis pemanis jugak orangnya. Kalau masak, memang gula tak tinggal. Tengok jugaklah masak apa. Tumis sayur tidaklah haih buh gula.... Macam masak sambal, kari, asam pedas tu memang bubuhlah.... Korang masak letak gula? 

Yang ni mungkin terlebih bubuh kuantiti sos kot. Yelah sos Thai tu dah maniskan, madu lagi, sos tiram lagi....  

So tak per, next time cuba lagi ek! Senang sikit dah lepas ni, Korean Fried Chicken satukkkk! 

35 comments:

  1. terliur plk tgk ayam tu,,haha..
    nak try buat la nanti, skrg tak leh beli ayam sebab peti rosak,,haha

    ReplyDelete
  2. nampak sedap ayam tu, tapi kalau kurang manis mungkin lebih sedapkan mak, takpe pestime cuba tu, nanti lama2 oklah kan.

    sambal kentang tu macam best je, saya pun suka kalau buat banyak2 pastu ratah.

    Alhamdulillah dah ganti pose, tinggal berapa hari tu mak?

    ReplyDelete
  3. Menu kpop lah semalam yer.
    takpeee.. bg can kat anak dara tunjuk skill.
    sedap ke tak belakang citer. yang penting ade usaha dia nak masak.
    hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Xpelah nom,jangan komen sangat nanti ilang mood anak dara tu nak memasak lagi.Lagipun memang rasa korea kot gitu.Anak2 skg lebih mahir masak masakan luar dari yang tradisional ni.
    Sedap lauk berbuka tu nom..

    ReplyDelete
  5. Untung anak dara dah boleh masak. Mak dah boleh rehat... :)

    Kakcik kalau masak sambal tumis, memang letak gula tapi kari atau asam pedas taklah letak gula...

    ReplyDelete
  6. syoklah ada orang masakkan..kalau rumah saya tak makan kot manis-manis ni.takpe,kalau puji mesti pasni Angry Bird lagi rajin masak macam-macam

    ReplyDelete
  7. Masakan korea memang manis kot... tapi budak2 memang suka korea2, jepun2 ni...

    Makchaq pun letak jugak gula sikit masak lauk.. tapi tak sampai rasa manis..

    ReplyDelete
  8. Meriah menu berbuka tu ye nom..
    Den semalam buka sambal ikan kebung goreng dan tumis sayur fucuk dgn kentang :)
    Anak daro den kat madrasah dan asrama 2 orang tu..
    tak ado sapo nak tolong dah..

    Kira dah rajin lah anak dara hang tu nom..
    sementara tunggu result SPM ni..
    biar dia belajar masak..

    Den masak tak letak gulo nom..
    Minang pior macam ni :D

    ReplyDelete
  9. Haa..macam2 pulak bahan salutan nyer yer. Hanom, Nany haritu tinggal pose 13 hari. Yang dah diganti 10 hari. Berapa harikah yang perlu diganti? hahahaha..Anyways, Nany pun kalau manis macam butter chicken tuh sebab masuk susu pekat manis akan rasa muak juga if makan banyak-banyak. Faham perasan muak tuh. Sekarang ni, tengah kurangkan sugar intake. Jadi, all masakan tak letak gula. Garam ajer. Oppss..except for sambal lah. Itu terkecuali. Hehehe..

    ReplyDelete
  10. wah sedapnyaaaa..... nak cikit :D

    ReplyDelete
  11. Rasanya kalu kurangkan madu ok lah kot.. tapi takper cuba pelbagai masakkan.. kot lama2 baru sebati ngan tekak..

    ReplyDelete
  12. okla tu mak, nama pun anak dara yang masak kan. mana boleh lawan mak. pelan2 dia terer nanti tu

    ReplyDelete
  13. terliur tengok gambar ayam goreng korea nie. teringin nak makan :D

    ReplyDelete
  14. nampak sedap kak. yg sos dia tu, macam masak kicap, tapi tambah madu & minyak bijan ke kak?

    ReplyDelete
  15. nampak sedap la.. suka sangat kalau ayam kicap mcm ni

    ReplyDelete
  16. Perghhhhhhh nampak sedap! terus lapar perut ni pagi2 buta macamni! hehehe.

    ReplyDelete
  17. Untung laa, dah boleh goyang kaki tgk tv dan wasap... anak dara jer ketung ketang kat dapur... Lepas ni order ajer la ek bila teringin?

    Selamat ganti pose yer mak.. Kita dapat pose penuh tahun lepas... Aina punya pasal... kikiki

    ReplyDelete
  18. Wow nampak sedap. Boleh tak saya share ni kat fb sebagai rujukan nak buat nanti?

    ReplyDelete
  19. macam gitu rupanya fried chicken korea, tak jumpa plak masa kat korea

    ReplyDelete
  20. ohooooo... sedap tuh nampaknya

    oklah tu kak nom, skrg anak2 dh rajin nk msk, senang lah kak nom nnti

    ReplyDelete
  21. hadoi, aida pun lom start ganti puasa.
    ni rasa2 bendera jepun nak naik. so wait and see dulu.
    abis je bendera jepun turun, start la.
    lg 2 minggu pun da nak masuk rejab kan....
    moga di permudahkan la kan.
    aida akan ganti puasa skali dgn nurin, puteri sulung ku itu :)

    ReplyDelete
  22. e'eh lupa mau komen pasal itu lauk ayam yg sgt la memikat kalbu.
    dap nyer...

    ReplyDelete
  23. Salam kenal Kak nom...
    Dah lama follow blog akak, baru kini berani menyapa :)
    Dah try resepi ni Kak. Tqvm..Kim salam dak angry bird ye..

    ReplyDelete
  24. Amboi! Sedapnya Korean fried ciken! Untunglah Hainom ada assistant tukang masak. Hmmm....macam nak buat lagi fried ciken hujung minggu ni...

    ReplyDelete
  25. uishhh menggodaz ler KFC tuhh hihi

    ReplyDelete
  26. patut pun hainom menten manis jewww....hehehe...saya kalau lauk pauk pedas mmg jrg letak gula...

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah dh ada second chef.
    Bila dh terror nanti bolehlah ambil alih tugas DO tu.

    ReplyDelete
  28. Kurangkn manis ti ade yg menanti Tau...
    Lps ni blhla duk berehat, biarkn new chef b'aksi...😘

    ReplyDelete
  29. noe pun suka masukkan gula dlm masakan...tp x ada la manis sgt pun..
    tak payah g kedai dah...dalam umah dh ada masakan korea...untung la..

    ReplyDelete
  30. Nampak sedap tu okje... syoknya ada anak dara dah boleh tolong masak2... mak boleh rileks sambil tengok tv dan wassap... coolll.... 😎

    ReplyDelete
  31. Kira tak pernah buat tapi mama pernah la buat. cuma dia adjust tang manis tu. sebab tak kuat makan manis ihihihi. kalau lepas ni agak2 kak nom malas2 masak req la menu Korean mesti laju je anak dara ke dapur hihihihi

    ReplyDelete
  32. banyak pula bahannya nak masak korean fried chicken ni. sy goreng camtu ja 😂 malas punya pasal. kalau rajin boleh try masak korean fried chicken ni

    ReplyDelete