Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 13 April 2017

Cinta Kolestrol

Salam Khamis....

Mak sebenarnya kalau bab bab jumpa doktor, check tekanan darah, ambik darah, memang takut ye. Bukan takut dengan doktornya tapi sebenarnya takut tang nak dengar resultnya tu. Tapi yelah..... nak tau kita ni sihat ke tak sihat, kenalah check! Kalau tidak macam mana nak tau?

Masa bersembang dengan kakak kat kampung, dia katalah kolestrol dia tinggi, kencing manis ada, darah tinggi pun ada tapi terkawallah sebab dia makan ubat. Sebok dia suruh mak check darah jugak. Hish! Dia tak tahu ke adik di ni pengecut orangnya! Seram hokey nak check! Kang tetiba kolestrol 10, kencing manis 13, ha macamana??? Kang mak tak enjoy makan pulak kang! Baik tak payah tau, tak susah hati huhu.... 

Dia cakaplah sekarang ni dia makan Oat Grain 35. Yelah, oatkan memang terbukti bagus untuk kolestrol. Mak sebenarnya kadang kadang makan jugak oat, tapi Oat 3 in 1lah hihi.....Oat yang bancuh sendiri,  macam tak boleh masuk pulak tekak ni. Berlendir weyh....


Dalam diam diam sebenarnya mak termakan jugaklah nasihat kakak. Takut jugak sebenarnya. Maklumlah umur umur hampir maghrib macam mak ni kan. So, lepas hantar si TLBD ke sekolah semalam, mak terus kona ke AEON. Cari Farmasi. Mak sebenarnya kalau bab nak check darah ni lebih suka pergi sorang sorang. Tenang jiwa tak de sapa yang tahu keputusan darah mak haha.....Pergi sorang pun jantung dah laju, tambah lagi kalau Pak Jilap teman, harus tercabut keluar kang nanti hihi..... 

Nasiblah keputusannya ok, maksudnya masih di bawah 'par' cuma kolestrol ada sedikit terbabas daripada landasan. Nak cari oat yang macam kakak makan tu tak ada pulak . So cuba beli Toco Oats ni. 

Bioley, ambik saya jadi duta pleasee hihi....

Macam kanak kanak yang dapat mainan baru, mak pun tak sabar sabar nak cuba minum hihi.... 
Isi dia cuma separuh tin rupanya.  

Huiii siap sukat betul betul lagi haha.......maklumlah benda baru kan! Dia cakap 2 scope untuk 180 ml air. Penuh cawan ni je rupanya. Rasa dia? Kalau nak banding dengan Oat 3 in 1 memanglah tak terbanding haha.... Tapi OK lah, boleh diterima tekak.... tak ada rasa apa apa pun.   

Starting from now, mohon makan kenyang kenyang kat ofis, ye abang Jilap, dinner mak hidang ayor ni aje haha....... 




43 comments:

  1. good job kak..mencegah lbh baik dr merawat kak..:)

    ReplyDelete
  2. good job kak... dana kalau overnite oat tu blh la telan, air gini tak penah try lg tp kene try jgk telan hari2 utk jaga kesihatan kan....

    tp sian pak jilap kalau kene telan air tu je kak.. dia udahla penat keje

    ReplyDelete
  3. Kalau ana oat tu gagah lagi kalau air ni tak tahu lah. Payah nk diterima tekak. Sanggup makan oat byk2 pun takpe. Hehe.

    Bab nk jumpa doc tahu result tu samalah. Berdebar dia mcm apa je. Kalau boleh scan jantung tu punya degupan confirm nampak macam tgh masuk amazing race.

    ReplyDelete
  4. Saya tak boleh kak makan oat. Tekak tak boleh terima. kalau biskut oat boleh la saya makan haha. mula2 baca tajuk entry ni teringat cerita cinta kolestrol tahun berapa entah dulu.

    ReplyDelete
  5. Saya dah berapa kali tertangguh nak buat check up kesihatan....
    Kebetulan tempat kerja saya pun ada offer utk buat free full check up...
    Lain kali kalau ada lagi offer, kena segera pergi ni...

    Si kolesterol ni mmg jahat..
    Ramai sgt dah yg meninggal tiba2 sebab kolesterol..

    Hujung minggu lepas baru beli oat, tapi sampai ke hari ni belum sentuh oun lagi..
    Ok, balik keje ni nak cari semula mana letak oat tu...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kena check selalu nom terutama darah tinggi,sebab skg kat tpt akak ni muda2 dah kena strok.
    Oat ni sebenarnya memang tak sedap tapi kena telan juga....akak lah tu ,nak sehat kan.
    Nom,pak jilap pun terjebak juga ke misi turun kan kolestrol.?

    ReplyDelete
  7. Saya pernah beli yang macam gambar no 1 tu...tapi tak habis pun sebab tak biasa makan serbuk..
    Selalu makan nasi :D

    ReplyDelete
  8. Makchaq pun kolestrol tinggi jugak... tapi nak makan oat ni macam tak berapa nak pi la... sekali dua gagah jugak telan... tapi berkali2 macam tak mau nak masuk... dok ada la tu oat yang beli lama dulu... entah2 dah expired...
    Semalam pakchaq pulak beli oat pasai dia pun nak turunkan kolestrol.. harap2 dia lagi istiqomah la minum oat...

    Awat la bukan makan bubuq nasi boleh turun kolestrol... kalau bunuq nasi laju la sikit nak makan...

    ReplyDelete
  9. teruskan Nom dengan oats tu
    akak pun sama ada jugak si koles tu
    tapi buat dekkk je hehee

    ReplyDelete
  10. Kat rumah kakcik, bekalan oat sentiasa ada. Sebab apa senrtiasa ada? Sebab beli tapi tak makan....hahaha...

    ReplyDelete
  11. Sypn kolesterol tinggi, xmo turun2, ishhhhhhhhh nasihatkn org pandai, opsssss. ~_^

    ReplyDelete
  12. Cinta kolestrol..wow..

    saya tak nak kolestrol..

    ReplyDelete
  13. Den semuo boleh, oat boleh, nestum boleh, sayur boleh, tapi rasanya ada gak si koles ni, hentah apala puncanya, sbb suka mkn goreng2 kot, sesekali singgang ikan bolela jalan, kalo berkali2 harus ada yg berbunyi nnt.

    Kalo ko samggup, bangun tido tkyah gosok gigi, minum dulu air kosong 1 liter, haa..ada bran.
    Nnt aku pos video kt grup ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgang? urmmmmmmmmmmmmm samalah kita, kat umah ni saya sorg jer makan singgang, jika anak dara balik dr asrama, bolehlah wat kawan, orang lain pandang jer..

      Delete
  14. kena ambik darah utk cek kolesterol dan gula.
    Cek urine utk tengok asid urik,
    cek jantung,
    cek tekanan darah.
    Bersedia awal sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  15. Bagus jaga sebelum apa-apa kan akak. Kena beringat selalu bab kesihatan ini.

    ReplyDelete
  16. Boleh nak cuba juga. Berapa harga dia satu ni akak?

    ReplyDelete
  17. Biskut oat bolehlah makan πŸ˜‚ kalau oat yang bancuh air tu, memang tak la

    ReplyDelete
  18. mak...klu xboleh makan yang berlendir tu, mak ari roll oats.... yang itu xbelendir...

    ReplyDelete
  19. Macam mana nak ajar tekak telan oat ha kak..adeh laaa...

    ReplyDelete
  20. oats memang bagus kak.. teruskan taw!

    ReplyDelete
  21. oat saya campur dgn esp atau cinch, sedap juga

    ReplyDelete
  22. Apalagi nak tunggu tu, OKje. SB udah cek gula dan cinta kolestrol hari tu..hihihiii...result yang sungguh OK. Sb pon dah mula nelan quaker oat sebulan ni.

    ReplyDelete
  23. oat tekak eija tak mau terima juga.. kalu nestum okey hihi.. cinta kolestrol ni tak kira tua ke muda.. jum la kita jaga2 hihi

    ReplyDelete
  24. Hainom.. KN makan oat yang 3 in 1 tu jer buat masa ni.. nak jugak nnt try yang tu.. Jenis serbuk ekk..

    ReplyDelete
  25. Ira buat med checkup hr tu pun kolestrol tinggi jgk doc kata. Tinggi sikit je katanya.. Huhu..
    Risau juga kan kak, skg ni mcm2 penyakit. Ira boleh je makan oat tu tapi nk bancuh oat tu yg malas tu.. Hehe..

    ReplyDelete
  26. PH dah lama tak check. Takut pulak rasanya. Bab makan oat ni, PH suka overnight oats. Hainom, cubalah. Lebih sedap dari minum oats yang bancuh cara biasa.

    ReplyDelete
  27. Saya sejak tak ada bini ni, sarapan pagi memang dgn oat. Tapi bukan oat yg ini. Oat biasa yg jual merata2. Sebab senang , rengkas. Murah. Kenyang.

    Sekarang stiap kali bila makan oat saya teringat entry ni. Terbayangkan Hainum menghirup Toco 0ats bercawan-cawan yg bolehlah diterima tekak.

    Jangan lupa beli lagi bila dah habis tu.

    ReplyDelete
  28. As salam kak... sori bru smpat ke sini.. x sihat.. aka dh komen, cuma lya x oublish lg..biasa bila lya publish komen+bw.


    Btl la.. bab nk tgu result tu paling sadis n mdebarkan.. tp utk kbaikan..kna hdp juga kan..


    Oat mmg bgs utk kolestrol ni., slain tu akak blh try bijirn Dasto Granola y doc aisyah tu.. lya amal y tu stiap pg,, rsa pom sdp...

    ReplyDelete
  29. Lama dah tak singgah ke sini. Rindu awak la....

    ReplyDelete
  30. cer try rolled oat, biasanya tak berlendir sangat. Boleh buat overnight oat, just tuang fresh milk n masukkan buah2 kering diwaktu malam,letak dalam peti ais, pagi2 boleh terus makan. PAgi2 tuh nak isi fresh fruit mcm pisang pun ok jer

    ReplyDelete
  31. mak pi mana ni, tak update blog. salam isnin mak

    ReplyDelete
  32. mak pi mana ni, tak update blog. salam isnin mak

    ReplyDelete
  33. saya ni benda2 macam gini susah sikit nak telan, tapi yelah tak pergi check lagi, entah2 kalau check ni tak tahu lah apa yg jadi, samalah kita bukan takut jumpa dokte tapi takut nak tahu resultnya tu..

    moga2 kita jauh dari penyakit yang merbahaya...inshaAllah

    ReplyDelete
  34. HO cari Beta Oat ke? yang itu kat farmasi Alpro ada.

    Mrs. A kalau oat 3 in 1 memang tiap hari makan tapi yang Beta Oat tu Mr. A yang makan itu pun payah nak ditelannya. Itulah ubat mana ada sedapnya.

    ReplyDelete
  35. Hari tu hubby Mia pun kena suggest mkn ni. Tapi x bestlah pula mkn benda ni ja kan .. hehe
    Okje try lah diet hubby mia. Dia mkn cam biasa cuma nasi langsung x ambil. In sya Allah .. kolesterol, darah tinggi semua tak ada.

    ReplyDelete
  36. Kemain Okje menyukat air tu.. hehehehe.... Saya baru ni bawa kakak saya pergi hospital... buat medical check up... kolestrol tinggi, darah pun tinggi... Doktor kata kencing manis is coming... Saya rasa nak potam dengar.. huhuhu sekarang kakak saya makan ubat darah tinggi.

    ReplyDelete
  37. Siap sukat air tu yang tak tahan ^_^ Yalah, Mak. Baguslah ni kalau nak mencegah daripada merawat. Tengok aje teman. Hari tu terkena, sampailah ni tak turun-turun tau. Kalau turun pun masih di paras ala-ala gitu aje. Penatlah makan apple hijau. Nak makan seleri, cuak serius pulak rasanya ^_^

    ReplyDelete
  38. Samalah dgn CH ni nom..
    Kolestrol kemain tinggi..
    Lebih tinggi dari CHπŸ˜‚
    Hendak jugak mencari oat mcm hang tu nom..
    Skrg ni CH minum jus Lega..
    Legalah sikit bila cek itu hari dah turun...

    ReplyDelete
  39. Hurm.. oat pun tak lalu kak.. inikan pula yg gini.. lagi kembang rasanya tekak.. huhuhu

    ReplyDelete
  40. bagus kak, ada kesedaran sebelum kena. penyakit sekarang dah tak kira usia. budak sekolah pun dah ada yg kena kencing manis cucuk insulin. kesian tengok. huhu...

    bab kolesterol tinggi tu, kat Malaysia yg cintakan minyak2 ni memang berapa ketul ja kolesterol normal huhu. sad truth tapi itulah hakikatnya.

    kak mkn sayur banyak2 pun boleh turunkn kolesterol. :)

    ReplyDelete