Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 25 July 2017

Di penghujung Syawal

Salam Selasa.....

Hari ni dah masuk pun 1 Zulkaedah kan. Bye bye Syawal!! Rasanya, semalam jemaah Haji Malaysia dah pun terbang kan. Kawan kawan mak ramai jugak yang dipanggil tahun ni. Tak perlah tu rezeki mereka, rezeki mak tahun depan insyaallah....., Allah nak bagi peluang mak tambah ilmu lagi tu. So hujung tahun ni kursus haji tak boleh nak lubang lubang dah!

Buka puasa anak anak di akhir Syawal....
Abang di Perak. Nasi Arab! Wah bang!..... kenduri sorang sorang nampaknya tu! hihi....


Adik di Perlis. Makan dalam dulang macam tu, mesti kolej sponsor makan ni.  Lama dah mak perhati, asal kolej sponsor makan je, lauk dia mesti Gulai Kuning tu. Gulai kuning ni mesti lauk faveret orang Perlis kan! 


Maknya kat KL makan kari ayam dengan sambal tumis ikan bilis .

Jauh disudut hati seorang yang bernama ibu ayah, terselit juga rasa gembira bila anak anak dapat menghabiskan puasa sunat walaupun dah dipenghujung Syawal. Moga anak anak ibu terus istiqomah ye. 

Jangan jadi macam ibu masa remaja dulu dulu...... ruginya baru terasa sekarang. Membiarkan Syawal berlalu pergi tanpa ada pengisian.....  

Friday, 21 July 2017

Mee Lidi

Salam Jumaat...

Korang pernah tengok Mee Lidi? Serious!! Mak baru first time tengok!
Hari tu pergi beraya rumah kawan Pak Jilapah. Dia hidang laksam tapi mee dia, dia tak guna laksa tepung beras yang biasanya kita makan laksam tu, dia guna Mee Lidi ni. Pada mak, yang spesis cuma tolak batu dengan kayu ni, 'masuk' jugaklah kuah laksam walau guna Mee Lidi ni........ 

Mee Lidi

Mati mati mak ingat spaghetti you. Nasiblah bini kawan Pak Jilapah ni peramah, mak nak interview lebih lebih pun rasa tak malu hihi...... rasa selesa kita dibuatnya, tu yang tahu cerita tu. Dia cakaplah dia beli kat Pekan. Dia pun hairan mak tak pernah jumpa. Kalau tengok alamat pembuatan mee ni, dekat Tanjung Agas, Muar tu aje. 

Walaupun mak ni anak jati Muo....... serious weyh, seumur hidup mak memang tak pernah jumpa Mee Lidi ni! Kalau Mee Siput taulah!

Selain makan dengan kuah laksa, Mee Lidi ni boleh jugak digoreng macm mee kuning biasa tu. Kena rebus dululah jugak macam spaghetti tu.

Balik tu, kawan Pak Jilapah bagi 3 paket Mee Lidi. Alhamdulillah rezeki..... 

Thursday, 20 July 2017

Bukak Rumah sikit sikit

Salam Khamis......

Hai korang..... tolong jangan kecam mak sebab mak masih dalam mood Syawal ek!! Habis tu nak buat macam mana weyh, banyak lagi gambar Raya yang mak belum publishkan.......Lagi lagi gambar sekitar 'Bukak Rumah sikit sikit' tuan blog untuk jiran tetangga. Nasiblah tak ada Bukak Rumah sikit sikit untuk geng blogger. Kalau ada, habis bulan Zulhijjah pun belum tentu habis lagi entri Raya tuan blog tau ! hihi... 

Lensa kamera cap ayam sekitar bukak rumah sikit sikit kat rumah tuan blog minggu lepas. Ini kiranya aktiviti tahunan kitaoranglah. Time Raya je pun dapat bergader gader macam ni. Benda benda lagho gini memang idea mommies le, nak tunggu daddies punya idea, kang mommies kena pergi taklim kat masjid pulak hihi.......   

Mak masak menu paling senanglah apa lagi hihi..... Mee hoon sup dengan agar agar koktail haha..... Rendang dengan kuah kacang mak tempah aje dekat Warong Bistro. Kuih serimuka durian tu pun mak tempah! Nak suruh mak buat?  Kang ada yang makan pakai sudu pulak kang..... sebab lembik tak boleh potong hihi... 

Alhamdulillah, ngam ngam.....  

Tiga beranak selpie dulu sementara tunggu jiran jiran sampai ah....

Muka muka ni je pun yang ada tiap tiap tahun...... 
Tuan rumah baru sempat luruskan tulang belakang tu weyh! Kalau tidak memang ke hulu ke hilir jerlah kerjanya. Maklumlah..... tuan rumah kan bizi. 
Penat memang penatlah, tapi seronok ah dapat sembang!

Daddies kita buh luar rumah noh! Dalam rumah bagi mommies. Senang sikit nak wefie hihi..... Syukur alhamdulillah, dikelilingi jiran jiran yang baik macam korang.

Terima kasih jiran jiranku...... maaf diatas segala kekurangan. Panjang umur, murah rezeki Pak Jilap, tahun depan kita boleh gader gader lagi ek....



Wakil tetamu dari Lipis..... walaupun orang yang memberi tak ada, tapi jug pemberiannya sangat bermakna pada tuan rumah dan jiran jiran. Jug yang mak isikan kopi O panas. Moga Allah murahkan rezekimu sahabat!




Tuesday, 18 July 2017

Bila ketawa tak hengat dunia

Salam Selasa korang....

Minggu lepas, Jumaat malam Sabtu, jiran jiran mak datang rumah. Apa yang mak hidang? Itu nantilah mak buat satu entri. Korang jangan menyampah pulak ek asyik hadap cerita Raya mak tak sudah sudah hihi.....

Raya tahun ni, alhamdulillah..... segala jenis kawan mak dapat jumpa. Kawan satu ofis, kawan satu sekolah, kawan satu U, dan yang paling tak sangka dapat jumpa kawan blogger. Tak payah de nak tunggu tunggu Open House. Tunggu Open House kaluuuu, tahun depan pun belum tentu dapat jumpa haha....... Lagi pun kita datang ni, bukan nak makan pun, datang nak jumpa, datang nak sembang.... 

Semua kejadian hujung minggu lepas. Mak menerjah ke rumah rakan taulan mak, nak harap menerjah rakan taulan Pak Jilap, huh.... hari pun malam ! haha...... Terima kasih yeh bang bawak orang gi rumah kengkawan orang.

Macam nilah orang pompuan yang berspesis apa pun mak tak tahu, asal jumpa je wefie haha...... 

Kawan satu sekolah. 
Yang bestnya tengok gambar candid macam ni.  Bila ketawa tak hengat dunia! Kalau mak dah ketawa sampai nampak gigi macam tu, memang kelakar seram sangatlah tu weyh! 

Jarang tau ai senyum lebar macm ni......

Kawan blogger
Terima kasih korang kerana sudi menerima tetamu yang tidak diundang ini. Moga Allah murahkan rezeki korang semua.

Kawan satu ofis

Wednesday, 12 July 2017

Kawan Den datang Berayo

Salam Rabu....

Sekejap je dah hari Rabu...... sekejap je nak jumpa hari Sabtu balik. Yahoooo!!!hihi.... Yelah kan sapa tak suka hari cuti weyh! 

Esok malam jiran taman mak ada buat makan makan. Macam aktiviti Ziarah Raya tahun tahun sudah jugaklah, terhad untuk family geng mommies aje. Nak menjemput satu taman, kena buat Open House besar besaran pulak kang hihi..... Tahun ni macam tak ramai pulak geng mommies yang buat. Tak seronok jadinya. Kalau ikutkan, mak pun malas jugak nak buat sebenarnya. Satu sebabnya tak reti nak masak banyak banyak weyh. Takut ke laut pulak rasanya kang haha......Nak order aje, bajetlah pulak yang ke laut haha..... Keduanya, memikirkan mak sorang sorang yang kena settlekan semua tu. Ngeri you..... 

Tapi tak perlah, setahun sekali je pun ......pasrah ajelah hihi....

Yang ni pulak cerita Ahad lepas, kawan den datang berayo.... Namanya pompuan, sampai sampai  aje terus selpie haha..... 


Sepasang kapel slim, sepasang kapel sado haha.....


Jamu Makaroni Goreng je dengan Agar agar koktail. Jangan serik datang rumah aku Seb......

Tuesday, 11 July 2017

Pantai Morib

Salam Selasa......

Hujan lebat kat sini Subuh tadi. Kalau ye tak ye, berat jugak nak pergi kerja tau! Nasiblah mak hanya seorang penanam anggur. Malas malas, masih boleh terbongkang depan TV hihi...

Minggu baru ni mak ke Pantai Morib. Tak pernah pun sampai sini, sebelum ni...... Cantik jugak tempat dia. 

Hala ke Banting ni pun, sebab pergi ziarah sahabat satu sekolah dulu. Lama tak jumpa dia sejak Outing Ratu Rania Gold dulu. Lepas tu cuma sembang kat group Whatapps ajelah. Teringin sangat nak jumpa dia sebab dia sakit sekarang ni. Sorang demi sorang kawan mak dah di tarik nikmat sihatnya, takut ek..... Allahu akbar. Moga Allah sembuhkan penyakitnya...... 
                        
Bila lepak kat sini tetiba fikiran menerawang ke Tanjong Mas, satu tempat fofuler kat Muo. Tempat santaian Salbiah M petang petang jugak hihi.... Saling tak tumpah weyh! Cuma Tanjong Mas tu tepi dia bukan pantailah, sungai je.... 



Kedai makan pun banyak. Ada sate, ada ikan bakar, ada kedai tomyam, ayam dengan sotong gunting, ketam dengan sotong goreng rangup pun ada. Tak payah dah nak ke Terengganu! 

Nampak sate, teringin pulak nak makan sate! Ikut nafsu betul..... Tapi kuah dia, masih tak boleh lawan kuah kacang Muo hokey!.....
  
Sebenarnya mak masih kenyang sebab baru makan Spaghetti kat rumah kawan mak tadi, tapi dah Pak Jilap ajak makan nasi, maka mak sumbatkan jugaklah.... Kang derhaka pulak tak ikut cakap suami kan haha..... Harga, boleh tahan jugak mahalnya kalau banding dengan Umbai tu. 

Kalau selalu, post gambo sweet tahap diabeties sepatah kata Aryan Azra kali ni post gambo serious tahap gangster pulak ah...... 




Monday, 10 July 2017

Raya kat IKEA pulak

Salam Isnin korang....

Berapa puluh Open House korang terjah hujung minggu baru ni? Mak jangankan sepuluh, sebuah rumah pun tak de yang ajak haha..... Maklumlah tak fofuler ( eh! macam tertiru statement hang pulaklah Aryan Azra hihihi.....)  jadinya kita terjah ajelah rumah orang yang sudi menerima kita.  

Mak pergi beraya jugak weyh...... pergi terjah rumah adik beradik Pak Jilap . Kita kasi chancelah pulak Pak Jilap bermesra dengan adik beradik sepusat sepusing dia hihi.... 

Ni cerita masa hantar abang dan Angry Bird ke KL Sentral lepas cuti Raya hari tu......
Tengoklah..... Si Angry Bird bawak beg tak cukup satu, yang digalas lain, yang di jinjing lain, entahlah apa yang dibawaknya, mak pun tak tahu. Si abang pulak, beg silang tulah seketul.... kalau dah namanya pompuan, pompuan jugaklah ek! hihi..... 


Lepas hantar depa, mak terus melencong ke sini..... Gatal kaki weyh, lama tak jejak mall hihihi.... 


Inilah makanan lepas raya mak,  Fidah Shah hihi.... Nampaknya memang betul betul memulun ni kan namanya!haha.... Tak jemu jemu makan ayam walaupun lepas Raya weyh! 

Inilah benda yang anak dara tu nakkan...... 


Huh..... lepas ni, kalau tak rajin rajin study jugak, tak taulah..... 

Thursday, 6 July 2017

Menu yang korang harap bila Open House

Salam 12 Syawal....

Minggu ni mesti orang dah start buat Open House sana sinikan. Penuhlah aktiviti hujung minggu korang nampaknya. Bukan setakat penuh aktiviti, perut pun penuh hihi....

Kalau korang pergi Open House kan, menu apa yang korang harap akan ada? Memanglah.... niat berziarah ni bukan nak makan.... makan kuih Raya pun ok aje, tapi ni acah acah kalau tuan rumah masaklah..... Agaknya apa menu yang korang nak makan? Soto? Mee Bandung? Mee Goreng? Lontong? Kambing Golek? Kancil Golek? Haha..... Kalau mak, Ayam Golek pun belum tentu tergolek haha......

Jangan salah sangka pulak! Ni bukan mak nak survey menu untuk Open House rumah mak tau ! haha.......Mak tak pernah buat Open House haih! Bagi mak, buat Open House ni tak bestlah. Tak boleh nak menyembang! Tuan rumah dah tentulah sebok ke sana sini kan....  Lagi satu yang tak bestnya, kalau tuan rumah combine semua rakan taulan, jiran tetangga dan kaum kerabat diaorang sekali harung, tak ke tercongok congok kita dibuatnya. malu ah....Mak lagi suka style Raya dulu dulu. Rumah sentiasa open untuk tetamu. Bila bila pun boleh datang, makan aje apa yang ada hihi.....  

Berphotoshoot Raya dengan mak Pak Jilap pulak. Tak meriah pulak jadinya bila bergambar Raya tak pakai baju Melayu ek! Tak macam Raya ah! Lain jugak berpohotoshoot di pagi 1 Syawal rupanya...

Mak, minggu ni macam nak ke rumah kakak Pak Jilap, lepas tu nak ke rumah makcik dia jugak. Lepas tu nak ke rumah Yati Cahaya Hidupku, emmm nak tengok langsir baru dia .....eh! eh! Ngerilah tu mak cakap nak datang ! haha...

Atok.....

Wednesday, 5 July 2017

Ziarah Syawal ke rumah orang yang lebih tua

Salam 11 Syawal korang... 

Janganlah berduka nestapa ye korang,  sebab terpaksa hadam entri Raya mak hari hari. Selagi tak habis gambar yang ada dalam hp ni, harap korang pasrah ajelah haha.....

Macam korang jugak, mak pun ikut sistem giliran bila bab beraya ni. Kalau tahun ni beraya di kampung, maka tahun depan confirmlah Raya kat KL. Cuma kalau giliran beraya kat kampung, memang betapa sampai habis cutilah jawabnya hihi.....  Tapi kalau beraya kat KL dulu,  Hari Raya ke 2 mak dah bertolak balik ke kampung. Alasannya, mak tiru ajelah alasan suami Mia Kassim, walaupun tak betul haha...... Sebenarnya, kat kampung banyak tempat yang nak di ziarahi. Kat KL ni, nak beraya rumah siapa??? Orang semua pun balik kampung kan..... Alasan sangat tak? hihi....

Rumah pertama pada 2 Syawal, abangku seorang Tabliq.....
Ni abang betul betul atas mak, beza 8 tahun you. Perasanlah tu, ingat dia yang bongsu, eleh.... Rupanya keluar seorang makhluk lagi hihi.... Biasalah orang dulu dulu kan.....

Namanya pun Hari Rayakan, masa nilah untuk kita berziarah dan saling maaf bermaafan. Walaupun makanan bukanlah agenda utama dalam beraya, tapi kalau dihidangkan dengan makanan selain daripada biskut Raya best jugak ek! hihi.....

Rumah ke dua, rumah kakakku seorang balu .....


Jarang weyh dapat bergambar dengan adik beradik macam ni.....


Yang muda kenalah memulakan langkah untuk berziarah ke rumah orang yang lebih tua, terutamanya adik beradik sendiri. Separuh orang mungkin tak kisah hal hal macam ni, tapi pada separuh orang yang lain, mungkin menjadi satu benda yang sangat kisah terutamanya di musim Raya macam ni . 

Buat masa ni mak tak delah kisah sangat pun bab ni, OK je...... nak datang, datang,  tak nak pun, tak kisah, lagi senang tak payah hidang air sirap, dan tak payah masak hihi.... Tapi tak taulah nanti bila sampai satu peringkat nanti, bila dah menjadi warga emas, masa tulah pulak meroyan menunggu anak sedara tak datang datang haha....

Rumah ke tiga, rumah abangku tapi cuma kakak iparku aje yang ada....

Sebagai adik yang bongsu, mak kenalah ziarah kerumah adik beradik yang lebih tua. Dah katanya adik bongsu kan. Kalau agak agak rasa nak kena kecam bolehlah buat pasal melepak aje kat rumah di Aidilfitri hihi..... 

Rumah ke empat, rumah abang...


Rumah ke lima, rumah kakak si baju hijau tu.....
Tapi kat rumah dia, tak sempat nak bergambar sebab masa tu tetiba pulak ramai sedara belah suami dia datang. Maka kita bergambar ajelah kat rumah kakak yang sulung keesokan harinya. Nampak tak mak dah bertukar baju tu hihi....  

Alah...... baju recycle tahun tahun dulu je, bukan orang perasan pun hihi ...

Entahlah..... tahun ni kurang mood nak berayalah pulak! Seadanya aje gitu...... tapi mood sedondon di pagi Syawal itu wajib haha...... 

Tuesday, 4 July 2017

Minggu Lepas Hari Raya

Salam 10 Syawal....

Lama sungguh tak menulis. Tambah kematulah jari jemari mak yang gemuks ni. Ingatkan puasa, jari jemari mak boleh jadi runcing. Tapi rupanya tersasar jauh !! Haha....  

Bizilah weyh! Faham ajelah bila balik dari kampung. Mendobi 5 hari 5 malam baru siap tau! Rumah dahlah macam tongkang pecah. Pulak tu, aktiviti rutin mana boleh tinggal, beraya kat mall hihi..... Tulah pasal..... mana ada masa nak bermalas malasan depan laptop? 

Hari ni barulah mak boleh bernafas dengan nyaman tau! 

Marilah menatap gambar gediks pembuka entri...... Mohon muntah berjemaah haha...... Haih! Tua   tua pun ingin dimanjakan bini gitu kahkahkah.....

Tahun ni mak beraya di kampung. Mak balik kampung hari Sabtu. Alhamdulillah.... jalan clear tapi sampai kampung hari pun dah petang! Macam biasalah Mak Jilap kalau balik kampung, banyak tempat persinggahan. 

Bila dah sampai kampung petang, janganlah harap mak masak di pagi Syawal hokey!! Mak tempah jer dengan kawan mak. Pertama kalilah rasa senangnya hidup di pagi Syawal sebab tak payah bersengkang mata masak pelbagai juadah. Terima kasih paknya!

Habis solat Raya, marilah kita berphotoshoot. Tahun ni mak tema fefel ye korang. Habis semua orang mak fefelkan hihi....

Macam biasa...... Mak Jilap memang selalu hover hihi....

Emmm..... placing kamera yang tak betul. Kepala pun jadi separuh. 

Bonda.....

Stop dulu..... nak masak! Esok kita sambung lagi dengan cerita Raya Raya Hari Raya yek!....

Belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kat korangkan!!!! Moga Allah menerima ibadat kita semua