Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 8 August 2017

Tofu Black Pepper

Salam Selasa ....

Mak sekarang ni tengah sawan buat entri masakan ...... so harap korang redholah ye hihi.....

Siapa suka makan tofu? Korang masak apa selalunya ? Mesti masak ala ala Chinese style yang ada telur pecah tukan.... Kalau ikutkan, memang jarang beli tofu, tapi tetiba pulak teringin nak beli hari tu, padahal tak de idea pun lagi nak masak apa. Main beli je dulu. Itulah pompuan, suka beli barang yang tak de dalam list haha......  Lama jugaklah tofu ni betapa dalam esbok.  

Bila nampak cendawan shitake, lebih buat mee goreng black pepper hari tu tetiba pulak dapat idea nak masak tofu ni. 

Oleh kerana sejak 2 menjak ni, mak tengah sawan black pepper, maka Tofu ni pun mak black pepper kan jugak haha.....

Tumis bawang putih, isi ayam, black pepper, white pepper, stok ayam kalau suka, sos tiram..... 

Masukkan cendawan shitake, letak air, kicap, sedikit tepung jagung. Last sekali masukkan Tofu. 

Siap..... 
Hitam hitam si tampok manggis, walaupun hitam legam sedap hokey!!! haha....

Tofu Black Pepper

23 comments:

  1. Sedapnyer...saya memang sangat suka tofu...

    ReplyDelete
  2. Dah tentu sedap ...boleh try ni.Akak suka masakan yang ada cendawan shitake ni.
    Tofu tu tak dipotong ke nom? Biarkan seketul gitu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a SI haha.... seketul tergolek golek dalam kuali tu haha.....

      Delete
  3. mesti melotop-lotp dalam mulut tu bila makan, tengok pun dah tertelan-telan ailio ni haa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..
    Lapar ni Mak...nak siket

    ReplyDelete
  5. suka jugak tofu. lauk wajib kalau lepas appointment braces.tak payah kunyah.haha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar dari Maznee & selamat hari khamis sis hainom

    Maznee dan suami asalkan kuah black pepper mesti sedap di makan

    Kalau tofu black pepper makan panas panas masa musim sejuk

    COntohnya makan di cameron higland malam ma;am

    Wah sedapnya

    ReplyDelete
  7. sedapnya...boleh tiru resepi

    ReplyDelete
  8. wah..sedapnya..x nah wat tofu black paper..leh cuba resepi ni

    ReplyDelete
  9. Zaman kakcik berdiet dulu, tauhu lembut inilah yang jadi makanan asasi kakcik... :)

    ReplyDelete
  10. wahhh! mak kalau bagi resepi mabelessssangat,selalu tengok kat kedai tak teringin pun...tup2 teringin plak lepas tengok mak masak..hiks

    ReplyDelete
  11. betul laa tu kak.. e'in kalau beli tofu, memang masak yang macam chinese style tu haa..

    ReplyDelete
  12. Wow tangkap leleh la Mak :)

    Saya pun suka tofu lembut ni tapi jarang beli sbb asal beli je kena makan sorang2. Ahli rumah lain semua tak makan :(

    ReplyDelete
  13. Kalau mak Nom kata sedap bebila LZ nak cubalah resepi ni..
    LZ suka makan tofu lembut.. Selalu masak jenis kukus dengan sos tiram..
    Lepas ni boleh tukar selera ikut cara Mak Nom.. :-)

    ReplyDelete
  14. ya Allah baru perasan dah lamanya tak makan tofu! padahal memang feveret. biasanya rebus dengan air garam supaya tahan lama (kalau nak simpan, masak hari lain la). goreng, cicah dengan sos cili. haha. resepi paling sonang. :)

    ReplyDelete
  15. sedap sedap...xpernah masak 4 segi ni...nmpak sedap blackpaper mak tu...

    ReplyDelete
  16. ringkas dan sedap... kena plak dgn nasi panas fuhhh

    ReplyDelete
  17. hah..hah...bagus sawan masakan, LL suka! Sedap lah tofu black pepper tu. Banyak kuah, boleh tuang kat nasi. Berselera!

    ReplyDelete
  18. Oh, padanlah rajin masak! Kena sawan rupa-rupanya. Tak habis-habis lagi tersawan yerk.

    Tofu tu Kak Ton suami isteri suka bangat. Kalau boleh hari-hari nak masak sebab masakan paling senang, mudah dan menjimatkan masa. Tapi sebab tak pernah tersawan black pepper atau mungkin sawan black pepper tu dah lama berakhir, makanya tak pernahlah Kak Ton black pepperkan si tofu ni.

    ReplyDelete
  19. Nmpk sedap nom..
    Kira mcm tofu sizzlinglah tu..
    Boleh cuba ni..

    ReplyDelete