Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 21 September 2017

Sarapan Oksigen

Salam Khamis.....

Korang sarapan apa pagi ni?
Nasi lemak ayam berempahlah tuuuu......tak pun nasi lemak sambal kerang! Ke cucur bawang cicah rendang daging? ( Pelik ke? Mak tak hairan langsung sebab orang Johor memang biasa buat kerja kerja pelik macam ni, cengkodok pisang pun boleh cicah dengan sambal tumis. Ha korang pernah ke?

Gelihati pulak dengar cerita Geng Lipis sarapan Karipap Oksigen pagi ni. Tokey karipap tu pun satu, kalau ye pun nak jimat inti, janganlah bubuh inti oksigen banyak sangat!  Sian geng mak tak pasal pasal kenyang oksigen!hahaha.....

Pagi ni mak sarapan bubur nasi. Ini semua gara gara tengok entri Ellynadira lah ni...... Siapa suruh dia tayang bubur nasi faveret mak? Kan mak dah kena sawan bubur nasi, tak memasal kena masak bubur semalam! Haish....   


Makan dengan lebihan lauk semalam jugak. Ada sup ayam, ada sambal tumis ikan bilis, ada ikan goreng, ada tofu black pepper. Memang padu ah bubur nasi mak! Tak de ruangan oksigen langsung tau hihi.....

Tengok tu ArzMoha, macam macam hakak masak? Sebut je nak lauk apa! hihi..... Next time, datang komen jangan salah masa. Datang komen time hakak kena sawan rajin tau!

Wednesday, 20 September 2017

Korang yang mana?

Salam Rabu....

Korang yang mana?  Ceritalah sikit.....


Nombor yang mana pun sejarah percintaan korang , itu semua telah ditentukan Allah. Yang penting macamana kita mengemudikan rumahtangga kita untuk menjadi keluarga yang sakinah dan mawaddah....



Tuesday, 19 September 2017

Sementara masih boleh menikmati...

Salam Selasa.....

Hari ni serasanya malas nak masak. Serasa tekak macam nak makan Rice tu Wednesday ( baca : Nasi Kerabu ). Terbayang bayang dah dalam kepala ni. Sedapnya lahai..... makan Nasi Kerabu dengan telur masin, solok lada, daging goreng...

Arghhhhh.......

Macam kat syurga..... baru terlintas je dah terhidang depan mata hihi....


Soping jugak kari Kaki Ayam. Banyak ni Rm2 henggit. Separuh orang mungkin tak reti makan Kaki Ayam..... Haih!!!! Janganlah dibayang bayangkan apa yang ayam buat ketika hidupnya..... mak pun jadi tak selera nanti haha.....   


Sedang mak masih mampu menikmati makanan macam ni, sahabat mak satu U, telah pun pergi mengadap Ilahi..... Terputus sudah nikmat dunia yang belum puas dikecapi. Tinggalkan suami dan anak anak yang dicintai. Terpaksa akur, bahawa akhirat jugak yang kekal abadi. Alfatihah buat sahabat yang baik, Allahyarhamah Fadhilah Hashim.

Friday, 15 September 2017

Mak sebak hokey!

Salam Isnin .....

Screenshot daripada instagram story Angry Bird. Mana dia copy paste, mak pun tak tau ( credit kepada penulis asal ) tapi yang pasti mak suka kata katanya.

Baca ni mak terus sebak hokey!! Jatuh air mata tanpa ditahan. Cukup menyentuh hati ah! Cuba korang baca! Ke mak sorang je yang 'hover' ni ??

Moga ada perasaan sebegitu dalam diri setiap anak anakku....


Anak anakku, ibu tau belajar tu bukan mudah. Banyak yang perlu dikorbankan. Korban masa tidur, korban masa bersuka ria. Suka atau tidak, korang harus melalui kisah kisah pahit, penat, sedih dan sakit. 


Bersabar dah tabahlah duhai anak anakku.... kerana menuntut ilmu itu memerlukan banyak pengorbanan....

Thursday, 14 September 2017

Antara Jom Bali, Restu Resipi dan Restu Bini

Salam Khamis...

Cerita pasal blouse sudah, cerita pasal MRT sudah, marilah kita kembali ke pangkal jalan semula, cerita pasal makanan haha.... Ini semua gara gara Ana Suhana dengan Puan Hazel lah ni, siapa suruh buat entri tunjuk makanan dan cendol durian? Kan mak dah nak cerita jugak pasal makan!haha......  Alasan sangat kan! Padahal itu ajelah modalnya hari hari....

Siapa pernah makan di Jom Bali? Mak baru menerai makan kat sini beberapa minggu yang sudah. Itu pun sebab Jom Bali ni baru bukak dekat Tescco Kajang. Sebelum ni nganga jerlah bila dengar Mak Ton cerita pasal Jom Bali.... 

Ini Nenek Kebayan yang ampunya!!!haha..... Sedap!


Ini pulak si TLBD punya. Pak Jilap makan Nasi Lemak kalau tak silap. Abang pulak makan Chicken Chop. Gambar yang lain mak dah tak kuasa nak ambik! Mak nak fokus makan Meehoon mak hihi.... 


Lepas makan, tukang bayar tak puas hati..... dia kata, baik makan lagi Nasi Lemak dekat Restu Resepi, ayam seketul, harga pun lagi murah. Mak setuju jugak pasal harga dekat Jom Bali ni, harga dia sedikit mahal.  


Dah dua kali datang ke Kenanga Wholesale, dua kali jugaklah ulang makan Nasi Lemak di Restu Resipi




Yamg ni makan dekat Restu Bini, free of charge haha......
Cenggini punya gaya makannya, memang Nenek Kebayanlah yang punya. Sedap weyh makan nasi dengan sup daging banjir macam ni. Tak caya cuba!! 

Wednesday, 13 September 2017

Blouse faveretku....

Salam Rabu .....

Korang suka tengok tengok baju tak? Mak suka!!..... Tu hobi mak tu tau hihihi.... Dapat elaun hujung bulan, terus kena sawan tengok tengok baju haha.... Si puteri bongsu tu cukup meyampah betul kalau teman nenek kebayan pergi tengok tengok baju....... kata dia nenek kebayan tengok baju lama sangat, belinya belum tentu! Haish!...... Tapi nasiblah abang Jilap tak kisah, sebab dia pun kaki naik turun mall jugak hihi.... tapi hobi dia tengok jam dengan handphone. Hish!! boring sungguh tau hobi dia ni......

Macam korang ni dah tentulah banyak blouse! Tak mungkinlah sehelai kan!  

Dalam banyak banyak blouse yang bergantung dalam almari tu, dah tentulah ada blouse yang paling korang suka pakai? Betul tak? Yelah...... macam mak ni, kalau dah suka kat satu blouse tu, ulang alik, pergi mari duk lenjan blouse tu ajelah hihi...... Blouse yang lain tu bukanlah tak pakai langsung, pakai jugak, cuma kekerapan tu kurang gitu.

Habis tu nak buat macam mana? Dah itu aje yang rasa sedap pakai, yang rasa kena je dengan badan, yang mak rasa nampak kurus je gitu hihi..... 

Satu masa ketika terkandas di Kundasang dengan blouse faveretku gitu ...

Kalau ikutkan ada 2 blouse yang mak suka pakai, satu blouse hitam ni satu lagi blouse hijau biru gelap. Dua dua pun warna gelap. Maklumlah citarasa kilauan. Dari segi jenis kain, mak suka blouse yang sedikit berat dan jatuh, jadi nampaklah kurus sikit hihi..... 

Mak suka dengan potongan blouse hitam ni, sedikit kembang bahagian bawah. Lama dah mak beli dekat Metro Kajang, tak ingat kedai apa, tapi yang pasti bukan First Lady, bukan Peace, bukan Gene Martino...... terbayang dah lokasi kedai dia dalam kepala ni, tapi tak ingat nama kedai. 

Nak tengok tengok baju lagi lah hihi....



Tuesday, 12 September 2017

Turun Naik MRT

Salam Selasa.....

Hari tu mak naik MRT.  Kebetulan hari yang sama dengan Tun Mahathir dan isteri naik MRT. Cuma tak bertembung je. Kalau tidak, harus mak dah tempek gambar wefie dengan Tun hihi......  Ini kali kedualah kiranya mak naik. Naklah jugak masuk blog buat kenangan. Ingatkan Mak G dengan Kak Ton sorang je yang dah naik?? Mak pun dah ngetest MRT jugak hokey! haha.....

Teringin nak ke KLCC sebenarnya. Saja saja nak melawat kawasan jajahan Jiran Sebelah katanya.... Lama sungguhlah tak ke KLCC. Kurang lebih 12 purnama lamanya haha....  Tapi memang betullah, mak memang jarang berjalan belah belah sana. Balik balik IOI Putrajaya. Naik muak den! 

Masa pergi tu kebetulan dah tengahari, maka cari makan dululah nampaknya. Menyesal nampak kiosk JM Briyani kat foodcourt atas tu. Pak Jilap tu kan mana boleh jumpa Briyani?? Pantang tolak! Huh.....

Dah penat kaki pusing pusing KLCC, sebelum balik, wajiblah beli Garrett Popcorn! Rugi tak beli! Sedap banget ah!

Image google
First time naik MRT dulu, cuba pergi KL Sentral. Turun kat Station bawah tanah, Muzium Negara. Berjalanlah mak tiga beranak turun naik eskeletor. Kagum dengan kemudahan yang disediakan. Tak payah risau nak solat atau ke tandas. Sebab ada je tandas dan surau sepanjang jalan tu.     


Lepas tu ke Bukit Bintang pulak. Hajat di hati nak ke Pavillion, tapi tak berjumpa, sudahnya jalan jalan kat Lot 10 ajelah.


Apa jenis puzzle agaknya ni sampai harga RM19,820.00?? Takut ah! 


Cantik kiosk Tealive kat Lot 10. Ala ala rumah kaca gitu....

Monday, 11 September 2017

Ayam Golek 5 Bintang

Salam Isnin.....

Semalam hantar anak bujang ke KL Sentral.  Kebetulan dah tengahari, terus terfikir nak ajak Pak Jilap makan Ayam Golek 5 Bintang kat Pantai Dalam..

Lama sangatlah tak makan kat sini. Zaman kerja dulu, kerap jugaklah makannya. Kalau ada makan makan kat ofis mesti order Ayam Golek kat sini. Lepas tu makan berebut rebut dengan geng ofis! Memang pergh lah! haha..... 
Masa tu rasanya seekor ayam baru Rm15 henggit. Sekarang, dah naik Rm25 henggit you! Punyalah lama tak datang sini!

Jalan nak ke sini pun mak rasa macam dah lain,  tapi masih lagi sempit macam dulu. Sepanjang jalan, kiri kanan masih wujud lagi gerai gerai makan. Nasiblah sekarang ni ada waze dan google maps. Kalau tidak, bukan ayam je yang tergolek, mak anak beranak pulak yang tergolek sekali tak jumpa kedai hihi....


Rasanya masih lagi sedap macam dulu. Terasalah lagi segala rempah ratus perapan ayam tu.

Cumanya sebelum sampai, mak dah makan jejemput pisang lebihan breakfast pagi tadi dalam kereta. Bila sampai sana dah tak berapa nak lapar. Maka kuranglah rasa 'pergh' Ayam Golek' tu....

Ke tekak mak yang dah semakin tua??.....




Friday, 8 September 2017

Mee Siput

Salam Jumaat .....

Selain dari orang Johor mak tak pastilah sama ada korang kenal ke tidak dengan Mee Siput ni. Jangan tanya mak asal usul Mee Siput pulak ye. Mak tak kuasa haih nak mengkaji sejarah! Hihi.....


Dah katanya benda ni jajan mak zaman kecik dulu, sesekali tu teringin jugak nak makan balik. Tetiba teringat Chikedis! Sapa tau Chikedis maksudnya kita sezamanlah tu hihi....

Dulu dulu..... sekeping bulat macam tu rasanya di jual dengan harga sepuluh sen. Kalau tak silaplah..... sebab dah lama sangatkan, naik lupa pulak..... Kalau sekarang ni sepuluh sen, gula gula sebijik pun tak dapat kan!


Mee Siput ni selalunya makan dengan sambal. Ada makan dengan sambal tumis, sambal sos ( sambal merah tapi cair) dan sambal kicap. Tak taulah pulak belah belah tempat Kak Ton sana, belah belah Dana, dia makan Mee Siput dengan sambal apa. Tapi yang pasti sambal Mee Siput mak dengan sambal I am LZ, sama! Sebab satu kapal kan! Hihi...


Puas hati dapat makan Mee Siput semalam. Macam biasalah kat rumah mak ni, sendiri goreng, sendirilah makan....

Thursday, 7 September 2017

Kisah Daging dari Dapurku

Salam Khamis.....

Masa Raya Haji hari tu mil ada buat akikah untuk cucu cucunya. Makanya banyak jugaklah daging yang mak dapat. Apa taknya, ambik sendiri dalam besen kan. Apa lagi!! Hihi....
Rasanya sekarang ni sekilo daging mau cecah Rm30 henggit kan? Patutlah seekor lembu pun cecah Rm4000 lebih.

Memang jarang sangatlah beli daging kecuali teringin. Selalunya kalau beli pun daging beku je. Murah sikit kan. Tapi bila baru baru ni, viral pasal daging beku yang bercampur dengan daging lain tu macam seram pulak nak beli lagi!

Bila dah banyak daging dalam esbok ni haruslah mak kena sawan daging hihi....
Apa? Ingatnya Aryan Azra je yang boleh ada entri 'Dari Dapurku'? Mak pun boleh hokey! Hihi....
Daging Kicap ni permintaan Angry Bird sebelum balik Arau hari tu. Nak Udang Sambal pun mak dah masakkan....


Lepas tu masak Daging Asam. Ini mak yang teringin hihi.... Masak mcm buat Air Asam tu. Tapi daging tu rebus dululah.


Lepas tu masak Kari Daging.  

Ni pun mak tengah rebus daging, tak tau nak masak apa pulak.




Saturday, 2 September 2017

Laksa Johor untuk mertua

Salam Selasa....

Salam Merdeka dan salam Aidiladha jugak korang!

Macamana Raya Haji korang? Sure penuh daging korban dalam freezer tu! Ke tak dapat daging walau sekilo pun? 

Korang balik kampung ke? Mak Raya KL je. Raya rumah mertua tersayang gitu hihi....


Nama je cuti panjang, tapi bukan boleh ke mana pun. Raya, dah satu hari habis kat rumah MIL,  Angry Bird pulak balik Arau hari Ahad tu. Kita pun, manalah tau dapat cuti free hari Isnin tu kan. Mak kampung pulak sebok call tanya, tak balik kampung ke cuti panjang ni? Aduh! Kadang kadang pening jugak tau memegang titile 'anak' ni ek!!.... 

Raya Haji memang tak semeriah macam Raya Puasa. Maklah..... korang mak tak tau! Baju pun tak beli, pakai je baju Raya Puasa hari tu. Sebab tulah tak sakan berphotoshoot di pagi Raya hihi.... Baju sama katanya! Gambar atas tu, tulah satu satunya gambar yang ada, tu pun muka tuan blog tak ada, haish! Jadiklah weyh... 

Mak tak masak pun ketupat rendang bagai tu. Atenya MIL ai teringin nak makan Laksa Johor setelah ditanya oleh anak lelakinya beberapa minggu sebelum Raya hari tu. Dengan sebab itulah, maka terhidanglah Laksa Johor di pagi Raya! Korang hado buat Laksa Johor untuk mertua di pagi Raya? Acah acah menantu mithali ni haha....


Pukul 4 pagi mak dah bangun tau! Padahal nak potong timun je hihi.... Jangan tak tau, potongan timun untuk Laksa Johor berbeza dengan potongan untuk laksa lain tau!


Walaupun rupa tak semenggah, tapi rasanya sedap hokey!!! Kalah Laksa Johor abang Mat Gebu ! Hihi.... 

Siapa yang cakap? Maklah!! Haha....