Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 16 October 2017

Me timelah sangat

Salam Selasa.....

Kalau zaman dulu payah nak jumpa mak mak keluar mengeteh kan! Tapi zaman sekarang, tidak lagi tau..... 

Sessi mengeteh dengan jiran jiran gojes mak Khamis lepas.


Zaman kan dah berubah korang, mak mak pun nak jugak ada ' me time ' gitu.  Tak bestlah weyh mengeteh kat rumah sorang sorang, bukan ke mengeteh berjemaah itu lebih afdhollll hihi...... 

Nak ber me me time sangat tu, jangan lupa pulak mintak 'ijin' dengan king kong of the house, kang ada pulak yang kena tido luar ! hihi....

Gossiping itu tak semestinya mengumpat ah!


Roti goyang untuk orang yang terlajak berat. Hanyut diet mak hari tu! Geram je tengok Nasi Goreng Belacan kawan mak tu, kalau ikut rasa macam nak order je. 

Aduh!! Sakitnya menahan selera....

Thursday, 12 October 2017

Terlajak berat

Salam Khamis

Minggu depan cuti sekolah seminggu. Apa plan korang? Dah booking mana mana ke? Bolehlah release tension lepas lepas PT3 n kan. 

Dah beberapa hari jugaklah Pak Jilap tak makan malam. Nak diet. Perut dah macam Teddy Bear katanya hihi..... Kalau dah dia cakap macam tu, mak pun yahoolah apa lagi kan, sebabnya mak tak payah nak masak beriya. TLBD tu satu lauk pun dah cukup. Bila lauk tak banyak, mak pun bolehlah diet jugak. 

Memang terasa berat je badan ni sejak lepas Raya hari tu. Tambahlah pulak selera memanjang. Hari tu timbang, kusss semangat, memang terkejut hunte makcik dengan berat badan sendiri! Susah hati jugaklah.... takut penyakit bukan apa! Umur pun bukan semakin muda kan....

Jadinya sejak sejak dah mula sedar diri yang badan dah terlajak berat ni, barulah nak berjinak jinak  bersarapan dengan Salad ko!!! Kebetulan ada blackpepper sos lebih hari tu. Maka terhasillah Salad dengan Daging berger ye. Lantaklah ko daging berger tu ada lemak tepu ke hape janji mak dapat makan daging haha.... Mak ni belumlah setegar suami Mia  yang makan Salad dengan kacang aje ...


Nasi pun masak cukup cukup untuk TLBD makan tengahari dengan malam. Konon diet tak makan nasi, tapi ratah ayam habis satu ekor hihi.... Kira oklah tu daripada tak diet langsung. Tak gitu! hihi...

Harapnya mak terus istiqomahlah. Mak ni selalunya tak kuat semangat. Angan angan Mat Jenin je lebih. Rasanya niat nak diet ni dari dulu lagi duk cerita dalam blog, nak pakai baju Raya saiz S lah, hapelah...... tapi kurusnya tak jugak...

Alahai siksa rupanya nak kurus ek......

Wednesday, 11 October 2017

Cicit sulung

Salam Rabu....

Sebelum dating di bawah Pokok Pinang hari tu, mak pergi kenduri akikah Muhammad Mikhael kat Rawang. Muhammad Mikhael ni ialah cucu pertama kepada Tokey Biskut Raya. Siapa pulak Tokey Biskut Raya ni? Tokey Biskut Raya ni pulak, anak no 2, kepada kakak mak yang sulung. Senang cerita, anak sedara maklah......

Dah macam lagu rakyat 'Bangau oh Bangau' pulak jadinya hihi.....

Dah katanya nenek dia Tokey Biskut Rayakan..... hihi
Ni yang mak malas ni, belum belum lagi mak dah jadi 'buyut' tau! huhu........  Tak nak ah panggil buyut, nak panggil lain!

Kalau korang panggil apa ye ? Buyut? Oyang? Oneng? hihi..... kelako kelako pulak gelarannya ek.....


Nenek TLBD kena paksa pegang cucu  haha......

Tuesday, 10 October 2017

Satu petang di bawah pokok Pinang

Salam Selasa.....

Balik daripada kenduri akikah kat Rawang hari tu mak terus ke Putrajaya...... Biasalah, kalau namanya Mak Jilap, selagi kaki tu belum cecah mall memang pantang balik rumahlah kan. Kalau balik jugak, kang malam Pak Jilap mengigau ( Pak Jilap ye yang mengigau bukan mak hihi ) '....nak pergi mall.....', '.....nak pergi mall....' sapa nak jawab? Mak jugak yang tak boleh tidur tau haha.....  

Mula tu macam teringin jugak nak pusing pusing mall belah belah Shah Alam tu, manalah tau terserempak dengan Yati Cahaya Hidupku ke, Aryan Azra ke best jugak tapi malas pulak. Sudahnya ke Alamanda ajelah, nak ke Putrajaya IOI Mall pun dah naik boring. Sebelum tu ronda dulu Taman Botani. Pusing pusing je tengok apa yang ada kat situ. Tak masuk pun Taman Botaninya, tengok dari jauh je haha...... 

Astaka Morocco rupanya kat kawasan ni jugak. Tau pasal Astaka Morocco tu pun sebab baca blog orang. Apa dia Astaka Morocco ni? Mak nak explain pun tak berapa tahu, tapi macam pameran ala ala kesenian senibina orang orang Moroccolah kot. Ambik gambar sure cantik tu.... Cuma hari tu malas pulak nak singgah posing posing sebab hujan, dah petang pun ye jugak....

Posing bawah pokok Pinang ajelah hihi.... Pak Jilap kan suka tau buat aksi tunjuk tunjuk gitu..... geram mak nengoknya!


Baru mak tau dalam kawasan Taman Botani ni ada Restoren Seafood ala ala Thai rupanya. Nampak mewah jugaklah restoren dia, kalau siap ada ikan hidup tu kan. Terus seram nak dekat haha......
Ada yang dah pernah try makan kat restoren ni? Sharelah pengalaman korang? 

Mak jalan jalan kat tasik belakang restoren tu je. Ramai rupanya orang piknik dekat sini.


Monday, 9 October 2017

Satay

Salam Isnin....

On the way balik daripada tengok mil semalam, singgah makan Satay Willy kat area Country Home tu. Country Home ke Country Heights entahlah ek..... kawasan yang berhadapan dengan Sg Ramal tu ! Hilang pulak ingatan mak tetiba hihihi....

Lama dah teringin nak makan Satay Willy sejak orang sebok kata Satay Willy, Satay Willy.... Walaupun boleh kata Country Home tu memang laluan mak setiap 2 minggu sekali, tapi macam biasalah, tak tersinggah singgah sampailah semalam.  

Mak order 10 cucuk Satay Ayam, 10 cucuk Satay Daging dan 5 cucuk Satay Perut dan Nasi Himpit. Air mak minum fresh oren, Pak Jilap minum air kelapa.  Air kelapa tu rupanya datang dengan gelas besar. Kalau tau, share je air! 

Kalau tanya Pak Jilap dia kata kuah kacang Satay Haji Samuri lagi sedap. Kalau tanya Tuan Puteri Bongsu yang tak makan kuah tu, dia lagi suka Satay Muo. Kalau tanya mak! Entahlah ..... dan dan pulak tak tau nak bagi pendapat haha....... 

Kalau dari segi rasa, rasanya mak lagi suka Satay Muo. Tapi Satay Muo saiz dia kecik. Kalau beli rugi ah, lambat nak puas makan haha..... Kalau banding dengan Satay Hj Samuri, rasanya mak lagi suka Satay Willylah kot. Satay Willy nampak macam basah basah berkilat gitu hihi..... Tengok pun dah nampak macam sedap je weyh..... 

Bagi mak kesedapan satay ni terletak pada bumbu perapannya. Semakin terasa bumbunya maka semakin sedaplah satay tu. Tak kisahlah Satay Hj Samuri ke, Satay Willy ke, Satay Muo ke, yang pasti mana mana Satay pun, memasing ada resepi rahsianya yang tersendiri. 

Tanya ajalah sama tekak yah ? Mana satu Satay yang kamu mau! Hihi...


Wednesday, 4 October 2017

Sayap Ayam dengan Sos BBQ

Salam Rabu....

Sebenarnya lama dah teringin nak buat ayam BBQ ni. Asal Phong Hong keluar entri ayam BBQ  je teringat ingat sos BBQ yang dah lama mak beli hampir setahun yang lepas kikiki...... Nasib baik belum expired weyh!

Sayap ayam dengan Sos BBQ
Manusia rajin macam Phong Hong tu haruslah sos BBQ pun dia buat sendiri kan.... Lainlah mak, rajin jugak, tapi rajin makan haha...... Kalau biji bijan tu boleh proses sendiri, mak rasa ada kemungkinan biji bijan tu pun Phong Hong proses sendiri jugak kot!  

Tak nak kalah jugak mak!! Alang alang dah berBBQ tu nak jugaklah tabur biji bijan kan... barulah cantik ropenya ayam BBQ mak nanti......  


Ginilah orang yang selalu derhaka pada resepi sesuka hati.  Orang panggang, dia goreng hihihi...... Biasalah...... orang yang kurang suka masak, memang selalu memilih yang mudah dan cepat aje. Allergik hokey, berlama lamaan di dapur kekdahnya.....

Kepak ayam atau nama Sabahnya sayap ayam (tapi mak bukan orang Sabah bah!) tu mak perapkan dulu dengan lada sulah, cili serbuk, sedikit garam, telur dan tepung KFC. Settle kerja menggoreng sayap ayam, mak curahkan ajelah dengan sos BBQ yang dah lama terperam di dapurku tu hihi.... 

Lepas tu makanlah dengan brokoli, nampaklah sikit macam makan kat kedai gitu haha..... Sedap hoiiii......



Tuesday, 3 October 2017

Ice Bucket

Salam Selasa.....

Ahad lepas Tuan Puteri Bongsu nak jumpa bff dia. Amboiiii!! Mak borek anak rintik nampaknya hihi..... Mak dengan anak sama naik suka keluar dengan kawan! 

Biasalah Wak Jilap, macam Wak Rosli dalam #BisikPadaLangit jugak, kalau permintaan anak, selagi boleh dia nak turutkan.... Mak? Dah tentulah yahoo aje hihi.... nama pun berjalan kan, sapa tak suka!

Si tudung merah tulah yang nak dijumpanya sangat. Kawan masa sekolah rendah. Kawan tu sejak naik tingkatan 1 dah pindah balik ke Padang, Indonesia. Bolehlah kita ke Padang pulak nanti dik! Tunggu duit ayah turun dari langit lah haha.....  

Sementara menunggu anak, mak laki bini datinglah apa lagi. Bukan senang nak dapat dating berdua macam dulu dulu. Sambil sambil exercise kaki, sok sok kalau dapat pergi Mekah kan ke senang hihihi.... 

Bila dah banyak berjalan, betis dah mula cramp, tekak pun hauslah kan apa lagi. Nak makan kenyang lagi, so kita minum minum dululah. Banyak banyak kedai makan, boleh pulak mak laki bini terlepak kat resto Ice Bucket ni. Sambil sambil tu bolehlah mengimbau balik berice-skating anak beranak dulu.

Lepas order, benda ni yang dihantar dulu!

Terkejut mak tengok senduk panjang! Baru terfikir balik Ice Bucket yang mak order tadi. Memang betul apa yang disangka. Datangnya Ice Bucket untuk kenduri satu family weyh! Bab bab macam ni tukang orderlah yang kena bertanggung jawab. Nak makan sampai kembung ke, nak apa ke.....  nyampah tau!

Konon nak healthy healthy...... ambik yang mix fruit gitu! 

Ice Bucket mix fruit Rm29 henggit
Makcik baru tau nak, kekdah nak makan Ice Bucket ni rupanya kena kacau dan gaul semua jadi satu dulu. Itu gunanya senduk panjang tu.   Patutlah masa makan mula mula tu tak rasa hape! Rasa tawar je dengan masam. Budak Ice Bucket tu pun satu, dah separuh jalan baru tolong gaulkan....hish!!.


Paksa budak 2 orang ni tolong makan jugak, sebelum mak jadi mangsa kembung Ice Bucket sorang sorang ah..... 

Monday, 2 October 2017

Bisik Pada Langit

Salam Isnin...

Selamat berpuasalah ye kepada kengkawan yang berpuasa sunat Asyura sejak hari Sabtu lagi. Mak ni entah bilalah nak puasanya. Tengok Yati puasa, jeles ko.....Tapi mak ni harap jeles jerlah, puasanya tak jugak hihi...

Sabtu hari tu mak tengok cite Bisik Pada Langit. Naik geram pulak bila trailers dia asyik keluar kat  TV! Yati TV LCD melengkung 100 inci hang dah sampai ke belum hihi? 

Pelakon dia pun best best semuanya. Jalil Hamid, Fadhilah Mansor, Beto Kusyairi, Ummi Nazeera, semuanya pun pelakon yang berpengalaman dan tak payah dipertikaikan lagi  mutu lakonannya. Kiranya tak delah macam tengok batang kayu berlakon, lainlah mak.... kalau diuji bakat dengan Kabir Bhatia  memang sebijik macam batang kayu ! Haha....

Bisik Pada Langit ni berkisahkan kasih sayang seorang ayah, Wak Rosli ( Jalil Hamid ) kepada anak perempuan tunggalnya yang belajar di Australia, Siti Hajar ( Ummi Nazeera). Sayang berlebihan yang ditunjukkan oleh Wak Rosli kepada Siti Hajar ni menimbulkan perasaan cemburu adik bongsunya Ikram ( Naim Daniel ) seorang mekanik kampung. Tambah dendam dia dengan kakaknya bila selalu dibanding bandingkan oleh ayahnya sejak kecil. Manakala sebagai abang sulung Zaidi ( Beto Kusyairi ) yang hanya cuma kerani biasa, nampak lebih matang menangani sikap ayahnya yang ada kalanya ego, garang, kurang menghargai tu. Biasalah....   nama pun ayah, King Kong of the house kan haha ......  

Konflik keluarga bermula bila Siti Hajar eksiden dan koma. Sebagai anak emas dan harapan keluarga dah tentulah tragedi yang menimpa Siti Hajar ni meruntun perasaan setiap yang bernama ibu dan ayah, cuma kekangan kewangan buat hasrat mereka nak menjenguk anak perempuan kesayangan tak kesampaian . 

Nak tau penyudahnya, mohon tengok sendiri haha...... Bagi mak, Bisik Pada Langit memang best

Jalan cerita yang ringan tapi penuh emosi, plot plot cerita yang lancar, skrip yang bagus sangat sesuai ditonton oleh manusia manusia yang berhati rapuh macam mak.  Baru awal awal cerita dah banjir. Tambah pulak bila part scene sedih tu keluar pulak lagu Lygophobia nyanyian Akim dan the Mijestrate. Pergh!!!....memang menusuk sampai ke kalbu ai hokey!


Kenyataan : Ini bukan dalam panggung wayang hokey! haha....
Ini Wak Rosli dalam rumah ni hihi....  Kalau  ajak dia tengok cerita jiwang macam tu dia masih boleh layan, tapi jangan ajak tengok cerita hantu sudah! hihi....