Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 10 October 2017

Satu petang di bawah pokok Pinang

Salam Selasa.....

Balik daripada kenduri akikah kat Rawang hari tu mak terus ke Putrajaya...... Biasalah, kalau namanya Mak Jilap, selagi kaki tu belum cecah mall memang pantang balik rumahlah kan. Kalau balik jugak, kang malam Pak Jilap mengigau ( Pak Jilap ye yang mengigau bukan mak hihi ) '....nak pergi mall.....', '.....nak pergi mall....' sapa nak jawab? Mak jugak yang tak boleh tidur tau haha.....  

Mula tu macam teringin jugak nak pusing pusing mall belah belah Shah Alam tu, manalah tau terserempak dengan Yati Cahaya Hidupku ke, Aryan Azra ke best jugak tapi malas pulak. Sudahnya ke Alamanda ajelah, nak ke Putrajaya IOI Mall pun dah naik boring. Sebelum tu ronda dulu Taman Botani. Pusing pusing je tengok apa yang ada kat situ. Tak masuk pun Taman Botaninya, tengok dari jauh je haha...... 

Astaka Morocco rupanya kat kawasan ni jugak. Tau pasal Astaka Morocco tu pun sebab baca blog orang. Apa dia Astaka Morocco ni? Mak nak explain pun tak berapa tahu, tapi macam pameran ala ala kesenian senibina orang orang Moroccolah kot. Ambik gambar sure cantik tu.... Cuma hari tu malas pulak nak singgah posing posing sebab hujan, dah petang pun ye jugak....

Posing bawah pokok Pinang ajelah hihi.... Pak Jilap kan suka tau buat aksi tunjuk tunjuk gitu..... geram mak nengoknya!


Baru mak tau dalam kawasan Taman Botani ni ada Restoren Seafood ala ala Thai rupanya. Nampak mewah jugaklah restoren dia, kalau siap ada ikan hidup tu kan. Terus seram nak dekat haha......
Ada yang dah pernah try makan kat restoren ni? Sharelah pengalaman korang? 

Mak jalan jalan kat tasik belakang restoren tu je. Ramai rupanya orang piknik dekat sini.


21 comments:

  1. amboi..kemai akak..dating bawah pokok pinang.. kerlass..:) Untung la blh jaln2 sokmo..kita hri minggu hari tido..haha

    ReplyDelete
  2. Dia tunjuk la 'Ini isteri saya tau'. Trend la mak jilap.hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik juga gmbr dgn pokok pinang..
    Serupa gmbr dgn pokok bamboo di Jepun tu nom..

    Kira rajinlah yem ramboo nak gi jln2..
    Kalau en suami tak de maknanya..
    Terus balik rumah lepas gi kenduri ni..

    ReplyDelete
  4. bercinta di bawah pokok pinangler ni..

    ReplyDelete
  5. Ya ke pak jilap yang mengigau,ke hainom sendiri...hihii.
    Bagus hainom & suami punya hobi yg sama suka meronda.Kalau abng mana tpt yg nak dituju itulah pegi nya....nak menyimpang2 memang tak lah.

    ReplyDelete
  6. macam tak picaya je pak jilap yang ngigau, ini mesti mak kan yang ngigau malu nak ngaku la tu..

    kalau nak datang shah alam roger2 la mak kalau saya lapang boleh detim eheheh.
    cantiklah mak bergambar kat bawah pokok pinang tu..amboi2 bercinta bawah pokok pinang,ce suh pak jilap dukung mak pulak hehehe pak jilap tu tunjuk2 tu sebab nak cakap "ini ana yang punya"

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dgr lagi tentang astaka morocco ni kak. Kena survey lg ni nampaknya.

    Ana kalau ke Putrajaya selalu tak tahu nk jalan mana sgt. Last2 ke Alamanda lah juga. Lepas tu tak tahu nak beli apa pun

    ReplyDelete
  8. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  9. pak jilap nk tunjuk yg kak nom yg ajak jln2 situ... tu psl bt posing gitu tu

    ReplyDelete
  10. Mak ni dah berapa kali gamaknya anak-anak jiran sebelah Mak ni berposing kat sini, Mak masih tak terjah lagi? Kat sinilah kalau tersilap langkah Mak akan nampak anak-anak jiran sebelah naik basikal ^_^ Mommy mereka tidaklah...

    Putrajaya kami dah complete terjah rasanya tapi itulah, masih juga nak ke sana juga sekali-sekala!

    ReplyDelete
  11. amboi... kemain dia dating ya

    ReplyDelete
  12. Huuuuii, satu hari di bawah pokok, pokok namanya pokok pinang, ku berdating berdua, oh..indahnya dunia...ni ko kena nyanyi ikut tune satu hari di Hari Raya Tau mak.

    Sejak aku quit keje kt putra Jaya tu, lama betul dah aku Tak ke sana, rindu gak nak round wet land, taman botani semua tu, aduhh..cam jauh sangat kan

    ReplyDelete
  13. Dah macam tajuk dramalah pulak.
    Hebat hero dan heroinnya.

    ReplyDelete
  14. cantiknya view !! hee~ sesekali keluar lari pegi dating best jugak.. ambil angin sambil berpimpin tangan.. a.. gittew--

    ReplyDelete
  15. Dekat dengan my area. dah banyak kali datang sini dengan family. n actually dekat dengan wetland ni mak. boleh berkayak, berbasikal , naik tram ke botani dan sebagainya. hehe

    ReplyDelete
  16. Title post ni macam tajuk cerpen romatik gitu :)

    ReplyDelete
  17. Wah...romantik gambar tu Mak..

    ReplyDelete
  18. jgn di marah pak jilap.
    dia nunjuk kan bini yg gojes :)
    yg romantis. yg marbeles :) ha ha ha

    ReplyDelete
  19. ada kuar ni 💖 kat pokok2 tu haha

    ReplyDelete
  20. astaka morocco jugak la suka pegi sbb boleh feeling jd model dlm tu ☺️☺️ rajin date kt mall ye pak jilab

    ReplyDelete