Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 12 October 2017

Terlajak berat

Salam Khamis

Minggu depan cuti sekolah seminggu. Apa plan korang? Dah booking mana mana ke? Bolehlah release tension lepas lepas PT3 n kan. 

Dah beberapa hari jugaklah Pak Jilap tak makan malam. Nak diet. Perut dah macam Teddy Bear katanya hihi..... Kalau dah dia cakap macam tu, mak pun yahoolah apa lagi kan, sebabnya mak tak payah nak masak beriya. TLBD tu satu lauk pun dah cukup. Bila lauk tak banyak, mak pun bolehlah diet jugak. 

Memang terasa berat je badan ni sejak lepas Raya hari tu. Tambahlah pulak selera memanjang. Hari tu timbang, kusss semangat, memang terkejut hunte makcik dengan berat badan sendiri! Susah hati jugaklah.... takut penyakit bukan apa! Umur pun bukan semakin muda kan....

Jadinya sejak sejak dah mula sedar diri yang badan dah terlajak berat ni, barulah nak berjinak jinak  bersarapan dengan Salad ko!!! Kebetulan ada blackpepper sos lebih hari tu. Maka terhasillah Salad dengan Daging berger ye. Lantaklah ko daging berger tu ada lemak tepu ke hape janji mak dapat makan daging haha.... Mak ni belumlah setegar suami Mia  yang makan Salad dengan kacang aje ...


Nasi pun masak cukup cukup untuk TLBD makan tengahari dengan malam. Konon diet tak makan nasi, tapi ratah ayam habis satu ekor hihi.... Kira oklah tu daripada tak diet langsung. Tak gitu! hihi...

Harapnya mak terus istiqomahlah. Mak ni selalunya tak kuat semangat. Angan angan Mat Jenin je lebih. Rasanya niat nak diet ni dari dulu lagi duk cerita dalam blog, nak pakai baju Raya saiz S lah, hapelah...... tapi kurusnya tak jugak...

Alahai siksa rupanya nak kurus ek......

22 comments:

  1. sy diet jgk kak..tp org tgur nampak mkn berisi macam mana tu?haha..diet xmnjadi ke?kihkih

    ReplyDelete
  2. Nak diet pun makanan tetap kena sedap...hahahaha... Saya ni pun tengah belajo2 nak diet.. memang jenuh nak kuruih ni

    ReplyDelete
  3. Good luck mak!

    Kita tak insap lagi, pagi petang siang malam asyik nak makan nasik je huhu.

    ReplyDelete
  4. Kat rumah akak ni makan malam sebelum malam nom.Malam lapar buat air je.Tapi akak tak pulak boleh kurus,abang dgn Iman je makin kecut.
    Akak tak boleh lah nak diet tanpa nasi macam tu nom...dah diajar lagi budak2 celik mata je mkn nasi.
    Ok nom...semoga tercapai berat yg diidamkan,boleh kurus macam yatie nanti :-)

    ReplyDelete
  5. Selamat berdiet nom..
    Tapi ikut diet yg betul tau..

    Tapi tengok salad dgn daging tu cukup selera den ni..

    ReplyDelete
  6. Senang je mak, ko pose senin, khamis, takpelah sekaligus niat nak sihat, nak ganti pose, nak pose sunat, tapi kena kuat semangat.

    Pastu ko kena sarapan cam aku, minum nestum dgn biskut kering je, tapi aku nasi kena makan, kalo Tak makan Tak larat weh.

    Satu lagi, ko makanlah vivix Shaklee, ko boleh oder ngn aku, sihat ko dapat, kurus pun ko dapat, hehe.

    ReplyDelete
  7. Cakap pasal berat ni, kakcik dah boleh nak kata apa. Tapi, kalau kakcik ringan sangat nanti nampak macam orang sakit pulak! hehehe

    ReplyDelete
  8. moga tercpai hasrat ko mak nak berdiet, kena kuat semangat mak, puasa isnin khamis tu inshaAllah membantu juga mak, tapi kena tahan godaanlah macam saya kat opis nih time rehat macam2 bau ada, jadi bawak2lah diri ke surau hahaha kot tak kang ada yang pose separuh jalan.

    banyaklah mak makanan diet yang sedap2 pernah juga saya diet kononnya buat nasi goreng dengan cauliflower takde nasik ok, bawang cili segala tu, karot, ikan bilis sikit dengan cauliflower, cauliflower tu hiris kecik2 dia jadi macam nasik..haaa tu dia siap bagi resepi

    tapi saya skejap jelah lepas tu tak boleh dah, gigil lutut oiiii tak makan nasik nak ratah lauk ngn sayur jek boleh demam

    ReplyDelete
  9. Pakai kebaya nyonya lah nampaknya raya tahun depan...feewweeet

    ReplyDelete
  10. Makan hati berulam jantunglah
    pasti kurus

    ReplyDelete
  11. Saya ni dah bertahun azam nak kurus..tak juga menjadi pun. Metabolisma pun menurun..

    ReplyDelete
  12. sedap...
    sihat + kenyang :) ha ha ha ha
    kurus ni nyusahkan, kan?

    ReplyDelete
  13. Semoga berjaya ye.. mama pun tgh Jaga makan tapi nasi mama kena makan

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wrmbth sis Hainom
    Salam jumaat

    semoga kita semua di berkati

    Selamat berjaya menguruskan badan

    Tambah oat le

    ada serat larut

    ReplyDelete
  15. Selamat berdiet Mak Nom & suami..
    Resepi salad atas ni bagi idea pada saya.. Bebila nak buatlah untuk sarapan pagi..

    ReplyDelete
  16. Nak diet jangan makan malam Mak. Last dinner kul 6 tu. Good luck n semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  17. slmt berdiet.. kalu rs cm xabes mkn pos ke sini 😆

    ReplyDelete
  18. Tau pon seksa, Hainom.... LL tak taulah berapa lama boleh bertahan nak maintain berat badan terkini sebab selalu tergoda dengan nasi, mee, roti dan lain2 sewaktu dengannya...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wrmbth

    Apa khabar sis hainom

    Semoga semuanya lancar hari isnin ni

    Lama tak update

    sibuk dengan anak anak ni

    ReplyDelete
  20. sedapppp jugak simple2 pun.. nina ni mkn byk asyik xnk gemok. kurus pun org tanya jugak

    ReplyDelete